Saturday 12 January 2013

Takkan Kulepaskan

Assalamualaikum.....

Hye uollls. =)
Selamat berhujung minggu kepada yang bercuti hari ni. Tapi tidak kepada warga Terengganu, korang buat kerja elok-elok jangan nak mengulor aje keje nye yaa  !! Ewahh Ewaahhh, seronok pula kata kat orang padahal aku 6 x 12 juga. ceyyy !

Ahhh, Takkan Kulepaskan !!! What ??! Haha. Tajuk novel okay, bukan apa pun. Semalam aku ke Pustaka Seri Intan teman kakak aku beli barang sekolah anak dia. Tak habeh lagi membeli nye pun adoi. Dalam pada  menunggu dia yang leka memilih pemadam angry bird untuk anaknya tu aku pun mendekatkan diri pada rak yang tersusun rapi novel-novel kat atasnya. Wah sangat engkau ! Bila jumpa novel terus excited walaupun masih ada beberapa buah novel lagi yang belum terusik sikit pun kat ghumah. Aku pun mulalah aktiviti sampingan kat situ, baca sinopsis novel. Ambik satu, baca, letak balik. Ambik lagi, baca, letak balik. Lagi sekali ambik, tak baca, pun letak balik jugak. Last, terpandang kan yang ni :




Aku pun ambik, kemudian hayati cover dia then baca sinopsis.

Maria dibesarkan di rumah anak yatim. Demi mencapai cita-citanya, dia nekad mengubah nasib diri dengan bekerja di rumah keluarga bangsawan. Malangnya, dia sentiasa dihina oleh majikannya. Air mata menjadi peneman setia. Namun, dalam diam ketabahannya telah menarik hati seseorang. 
Tengku Ezairul, lelaki ego yang memandang darjat dan kedudukan. Dia bencikan Maria. Tiada sekelumit rasa belas kasihan tatkala mamanya mendera gadis itu. Namun, cinta tidak mengenal siapa. Dia tidak dapat membohongi hatinya bahawa dia sebenarnya menggilai gadis itu. Tembok keegoannya runtuh dalam sekelip mata. Mampukah dia mempertahankan rasa cinta itu? Kata Maria, cinta mudah untuk diucapkan.
Cinta mudah untuk diluahkan. Tapi cinta juga mampu menghancurkan. Dia tidak meminta untuk dicintai, apatah lagi disakiti. Dia wanita biasa yang lemah dalam cinta. Tapi perasaan itu tidak akan terkubur bila hatinya terukir nama lelaki itu.

Macam seronok ! Terus gi kaunter, bayar. ;D

Sedang syok-syok layan novel ni  kat depan tv, ( baca novel, tv terpasang. Ambik kau, satu pembaziran telah berlaku !!) satu suara telah menegurku.

"Tebalnya buku hadis yang kau baca tu dik !" sapa abah aku.



"Bukan lah, bah. Ni novel. Buku cerita." terangku bersungguh-sungguh.




"Takde paedahhh nya pun kau baca buku macam tu. Baik kau pergi baca buku hadis 40 tu hah !" balas abah lagi.




"Errr...err... " terus angkat kaki, masuk bilik. Muhasabah diri ! hahaha.


Lepas tu terus sambung baca balik sebab dah tiba kat part best tadi. Okay, tu je ! muehehehee

 Takkan Kulepaskan
Emy Raziela

Harga : RM 22.00
ISBN : 978-983-124-832-4
Halaman : ~ 544
Berat : 500 gm
Tarikh Terbit : 15 Disember 2012
Kategori : Novel

3 comments:

  1. huhuhu...punye syok layan novel baru skali kne tegur ngan abah da......

    ReplyDelete
  2. Kalau bace novel ni ...
    Sumpaa .. Mmg kne sangap terus la! !"
    Best giler! !
    Saya bce trus sy brmimpi argggghhhh seronok giler! !"
    My number fav. Novel! !!
    Terbaik arr

    ReplyDelete

Tinggalkan komen anda yang membina atau tak membina nye pun adoi kat sini yer.. peaceee ! ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...