Showing posts with label ilmu. Show all posts
Showing posts with label ilmu. Show all posts

Tuesday, 29 January 2013

Tuesday, 22 January 2013

Doa Halau Hantu Dan Syaitan - UAI



Doa halau hantu syaitan:


Bila kita terdengar suara hantu tapi belum nampak hantu itu, baca ayat ini, InsyaAllah tidak akan diganggu oleh hantu syaitan :

اعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق و من شر شياطين و ان يحضرون

Maksud : Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sangat sempurna dari segala makhluk (yang jahat) dan daripada syaitan (hantu) daripada mereka datang kepada aku.

Tapi bila hantu telah menjelma di hadapan kita, baca ayat ini 3 kali:

العنك بلعنة الله

Maksudnya : Aku laknat kamu dengan laknat Allah.

Doa ni Rasulullah yang ajar kita. InsyaAllah hantu itu akan lari. Kalau hantu tu tak lari juga, itu hantu mabuk pil kuda :)

Kena hafal lah doa ni. Takkan bila hantu dah menjelma depan muka baru nak buka CD kuliah. Nanti hantu tu kata "tak sempat dah bohhh" :)

~ Ustaz Azhar Idrus ~

Sunday, 20 January 2013

40 Nasihat Saidina Ali Karramallah Wajhah

Assalamualaikum semua para pembaca blog aku yang dikasihi sekalian.

Pagi ni aku nak kongsikan sedikit ilmu yang mungkin boleh dijadikan pegangan hidup kita bersama. 40 Nasihat Saidina Ali Karramallah Wajhah.


Berikut adalah 40 nasihat Saiyidina Ali sebagaimana yang terdapat di dalam kitab Nahjul Balagh dan Al-Bayan Wattabyeen r.a.

1. Pendapat seorang tua adalah lebih baik daripada tenaga seorang muda

2. Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran

3. Kebesaran seseorang itu bergantung dengan qalbunya yang mana adalah sekeping daging

4. Mereka yang bersifat pertengahan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin

5. Jagailah ibubapa kamu, nescaya anak-anakmu akan menjagai kamu

6. Bakhil terhadap apa yang ditangan adalah tidak mempunyai kepecayaan terhadap Allah

7. Kekayaan seorang bakhil akan turun kepada ahli warisnya atau ke angin.Tidak ada yang terpencil dari seorang yang bakhil

8. Seorang arif adalah lebih baik daripada arif.Seorang jahat adalah lebih jahat daripada kejahatan

9. Ilmu adalah lebih baikdaripada kekayaan kerana kekayaan harus dijagai, sedangakan ilmu menjaga kamu

10. Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan kesusahan mu dengan mendirikan sembahyang

11. Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas dendam

12. Mengajar adalah belajar

13. Berkhairatlah mengikut kemampuan mu dan janganlah kamu jadikan keluargamu hina dan miskin

14. Insan terbahagi kepada 3 :
a) mereka yang mengenal Allah
b) mereka yang mencari kebenaran
c) mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran.
Golongan yang terakhir inilah yang paling rendah dan tak baik sekali dan mereka akan ikut sebarang ketua dengan buta seperti kambing

15. Insan tak akan melihat kesalahan seorang yang bersifat tawadhu’ dan lemah

16. Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap Allah

17. Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat dari mencari kesilapan orang lain

18. Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang ia lakukan untuk memperbaiki dirinya

19. Manusia sebenarnya sedang tidur tetapi akan bangun bila ia mati

20. Jika kamu mempunyai sepenuh keyakinan akan Al-Haq dan kebenaran, nescaya keyakinanmu tetap tidak akan berubah walaupun terbuka rahsia2 kebenaran itu.

21. Allah merahmati mereka yang kenal akan dirinya dan tidak melampaui batas

22. Sifat seseorang tersembunyi disebalik lidahnya

23. Seorang yang membantu adalah sayapnya seorang yang meminta

24. Insan tidur di atas kematian anaknya tetapi tidak tidur di atas kehilangan hartanya

25. Barangsiapa yang mencari apa yang tidak mengenainya nescaya hilang apa yang mengenainya

26. Mereka yang mendengar orang yang mengumpat terdiri daripada golongan mereka yang mengumpat

27. Kegelisahan adalah lebih sukar dari kesabaran

28. Seorang yang hamba kepada syahwatnya adalah seorang yang lebih hina daripada seorang hamba kepada hamba

29. Orang yang dengki marah kepada orang tidak berdosa

30. Putus harapan adalah satu kebebasan, mengharap (kepada manusia) adalah suatu kehambaan

31. Sangkaan seorang yang berakal adalah suatu ramalan

32. Seorang akan mendapat tauladan di atas apa yang dilihat

33. Taat kepada perempuan(selain ibu) adalah kejahilan yang paling besar

34. Kejahatan itu mengumpulkan kecelaan yang memalukan

35. Jika berharta, berniagalah dengan Allah dengan bersedekah

36. Janganlah kamu lihat siapa yang berkata tetapi lihat apa yang dikatakannya

37. Tidak ada percintaan dengan sifat yang berpura-pura

38. Tidak ada pakaian yang lebih indah daripada keselamatan

39. Kebiasaan lisan adalah apa yang telah dibiasakannya

40.Jika kamu telah menguasai musuhmu,maafkanlah mereka, kerana perbuatan itu adalah syukur kepada kejayaan yang telah kamu perolehi.

Semoga ianya bermanfaat. =)

(sumber)

Tuesday, 8 January 2013

Subhanallah. =)

Assalamualaikum...




Marilah sama-sama kita amalkan, insyaallah ada keberkatan disebaliknya. =)


Tuesday, 6 March 2012

Sifat Sombong boleh Matikan Cahaya Iman

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak akan masuk syurga seseorang yang ada di dalam hatinya sifat sombong sekalipun hanya seberat debu. Lalu seorang sahabat bertanya: “Sesungguhnya ada orang yang suka pakaian dan kasutnya cantik. Rasulullah SAW menjawab dengan sabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah itu indah dan suka kepada keindahan. Sombong itu adalah menolak yang hak dan menghina orang lain.” – (Hadis riwayat Muslim)


BERSYUKUR satu sifat terpuji yang sentiasa diamalkan insan yang benar-benar beriman dan bertakwa kepada Allah supaya mendapat keredaa-Nya. Orang yang bersyukur mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

Sememangnya kehidupan kita tidak statik sepanjang masa. Setiap masa sentiasa ada perubahan sama ada menjadi lebih baik mahupun lebih buruk sebagai satu roda kehidupan yang mesti dihadapi.

Sudah menjadi lumrah ada yang dulunya miskin menjadi kaya, yang rendah pangkat menjadi tinggi jawatannya. Sebelumnya tidak dikenali, sekarang amat terkenal, disanjung dan dihormati.

Kekayaan dan kedudukan baik yang diperoleh itu harus dikongsi dengan orang lain sebagai tanda bersyukur. Sesungguhnya, manusia yang lebih baik ialah manusia yang lebih banyak memberi manfaat kepada manusia lain.

Satu sifat berbahaya yang selalu menjangkiti orang yang kedudukannya lebih baik berbanding orang lain ialah lupa diri. Sikap itu sering kali mendorong seseorang bertindak melakukan kejahatan kerana berasakan dirinya ‘berhak’ melakukan apa yang diingini.

Sikap lupa diri dan tidak bersyukur menjadi punca kedurhakaan iblis kepada Allah. Iblis berasakan dirinya lebih layak untuk dilantik menjadi khalifah berbanding Adam memandangkan dirinya dicipta daripada api dan sudah banyak melakukan kebaikan.

Iblis lupa hakikat dirinya yang sebenarnya hanyalah hamba. Dia tidak bersyukur dengan kedudukan dan keistimewaan yang Allah kurniakan kepadanya. Maka jadilah iblis sebagai hamba yang ingkar dan tergolong sebagai dilaknati selama-lamanya.

Untuk mengelak diri menjadi kufur dan ingkar kepada Allah, berpeganglah kepada prinsip sentiasa bersyukur dengan apa yang diperoleh dan dinikmati. Sikap itu akan memacu diri sentiasa tenang dan menerima segala ketentuan Allah tanpa sebarang perasaan syak wasangka kepada-Nya.

Namun, sikap bersyukur tidak pula bermakna kita berserah sepenuhnya kepada nasib tanpa melakukan apa-apa usaha. Hidup di dunia ini satu ladang untuk mencari bekal kehidupan di akhirat yang mana kita mesti melakukan apa yang disuruh dan menjauhkan apa ditegah.

Sesungguhnya, setiap apa yang kita harapkan tidak semestinya tercapai. Banyak kegagalan dan keadaan buruk terpaksa pula dihadapi dengan sikap sabar dan tidak mudah berputus asa. Kita perlu bersyukur kerana masih ada peluang untuk terus berusaha mencapai apa yang dihajati.

Setiap Muslim mesti berusaha mengubah hidupnya menjadi lebih baik. Nasib buruk tidak akan bertukar menjadi baik jika tidak berusaha mengubahnya.

Allah mengangkat darjat orang yang berilmu, berharta dan berkuasa melebihi orang kebanyakan jika mereka sentiasa bersyukur. Namun, darjat itu kembali ke taraf paling rendah jika dirinya sombong tidak mahu menggunakan kelebihan itu untuk memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang lain.

Apa guna memiliki kekayaan jika tidak mahu digunakan. Sifat bakhil dan sombong menjadi penjara yang menghalangnya menikmati kekayaan dimiliki. Malah, hidupnya menjadi lebih tertekan kerana takut harta itu berkurangan atau digunakan oleh orang lain.

Begitu juga, orang yang berilmu, tetapi menyembunyikan ilmu itu daripada disebarkan kepada orang lain sebenarnya hidup dalam kegelapan. Sifat ilmu, semakin digunakan semakin bertambah keberkatannya. Orang berilmu mendapat kebaikan jika ia turut dikongsikan dengan orang lain.

Individu yang dikurniakan kelebihan sama ada kekayaan, jawatan, kuasa dan kecantikan mestilah menghindarkan diri daripada sifat sombong yang mendatangkan banyak keburukan. Perasaan sombong menjadi penyakit hati yang mematikan iman sehingga hidup menjadi sesat tanpa cahaya keimanan.

Bagi memastikan kehidupan manusia sentiasa terhindar sifat sombong dan lupa diri, memerlukan satu kekuatan yang memacukan sifat bersyukur di dalam diri. Orang yang bersyukur merasakan setiap kelebihan dimiliki olehnya hanyalah satu ujian daripada Allah.

Allah memberi peringatan supaya manusia bersyukur kerana dengan itu Dia akan melipatgandakan lagi nikmat yang diberikan. Sebaliknya, jika kufur akan nikmat yang dianugerahkan, kerugian besarlah bakal menimpa.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” – (Surah Ibrahim, ayat 7)[/

Sunday, 26 February 2012

Menguap !

Huh ! apa kes lah hari ni aku dengan banyak kali nya menguap...nak kata tak cukup tidur,pukul 9.00 malam dah start mimpi berlari-lari ditepian pantai ngan pujaan hati..
Dalam keadaan boring-boring takde keje nak buat,aku pun membuat keputusan untuk mencari sedikit fakta mengenai menguap ni...

Baiklah,menguap dari segi bahasa ialah refleks penyedutan udara secara serentak, diikuti dengan pengeluaran nafas. Ia lazimnya dikaitkan dengan kepenatan, stress, overwork, kurang rangsangan dan kebosanan.
Ada jugak yang cakap menguap ni disebabkan tak cukup oxygen dalam badan...Wallahualam.. :)

Selalu je aku tengok orang menguap tak tutup mulut..eeeww..jelikk ! haha..sorry..tapi betul, tak elok kalau menguap tak tutup mulut..tu orang panggil takde adab ! =)


ADAB MENGUAP

1)  Menutup mulut ~

Diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Said Al-Khudri r.a, katanya : telah bersabda Rasulullah  S.A.W yng bermaksud : " Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka)."

2)  Jangan mengeluarkan suara ketika menguap ~

Diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Said Al-Khudri r.a , katanya : Telah bersbda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi haaa haaa..kerana demikian itu daripada syaitan yang mentertawakan kamu."

Wallahualam ~

Selamat menguap dengan penuh adat ! peace~


Saturday, 25 February 2012

Mutiara Kata

Keimanan menghapuskan keresahan, dan melenyapkan kebimbangan.

Buku adalah kawan yang paling baik.Bercakap-cakaplah dengan buku,bersahabatlah dengan ilmu, dan bertemanlah dengan pengetahuan.

Ketahuilah bahawa kesusahan itu akan membuka pendengaran dan penglihatan, menghidupkan hati, mendewasakan jiwa, mengingatkan hamba dan menambah pahala. 

Jangan jadikan diri anda ibarat sekumpulan tisu-tisu,kerana tugasnya adalah mengesat benda-benda kotor.

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.Sahabat sejati menjadi pendorong impian.Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

Lidah mu adalah bentengmu.Jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu. 

Hidup ini tiada jaminan melainkan satu peluang

Kekuatan tidak datang daripada kemampuan fizikal,tetapi ianya datang daripada semangat yang tidak pernah mengalah. 

Manusia tidak merncang untuk gagal,tetapi mereka gagal untuk merancang.








Friday, 24 February 2012

Amalan dan Doa Murah Rezeki

Rezeki yang halal,berkat dan baik sudah pasti akan menjamin kesejahteraan hidup kita semua..jangan lah berputus asa dalam usaha mencari rezeki..rezeki tidak akan datang bergolek sebaliknya harus di cari...apa yang perlu kita lakukan adalah usaha,doa dan seterusnya bertawakal...semoga ALLAH permudahkan rezeki kita..


 Di sini terdapat beberapa amalan2 serta doa yang berkaitan dengan rezeki...

 1) Membaca surah Al-Waqiah setiap malam.



2) Membaca Surah Al-Ikhlas.




- Sabda Rasulullah SAW: Barang siap yang membaca Qulhuwallu ahad ketika masuk ke rumahnya, nescaya dihindarkankefakiran dari ahli rumahnya serta jirannya. (Daripada Jarir Bin Abdullah: Kanzu al 'Ummal, Mu'jam Al-Tabarani, daripada Ibn Mas'ud: Muj'ma al- Zawaid







Sabda Rasulullah SAW: " Wahai sekalian manusia, jadikanlah taqwa itu suatu perniagaan, nescaya rezeki akan datang kepada kamu tanpa modal dan niaga." Kemudian Baginda membaca ayat di atas.(Riwayat daripada Mu'azbin Jabal: Maj'ma al- Zawaid, Kanz al-Ummal)




Saidina Ali mengatakan kepada seseorang yang datang kepadanya: Aku mahu mengajar kamu kalimah yang Rasulullah telah ajarkan kepada ku. Jika kau menanggung segunung hutang tentu Allah akan menunaikannya. Bacalah: (Doa di atas)... (Riwayat daripada Ali: Sunan al-Tirmizi; dinilai Hasan Gharib)





Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke masjid laluterserempak seorang yang dipanggil Abu Umamah.Rasulullah SAW bersabda kepadanya: “Wahai AbuUmamah, aku lihat engkau duduk di masjid bukan padawaktu solat, kenapa?” Jawab Abu Umamah: “Dukacitadan hutang menyelubungiku, wahai Rasulullah!” JawabRasulullah: “Mahukah kamu aku ajarkan suatu bacaanjika kamu membacanya Allah akan menghilangkan rasadukacitamu dan melangsaikan hutangmu.” AbuUmamah menjawab: “Ya, wahai Rasulullah.” Bagindabersabda: “Apabila tiba waktu pada dan petangbacalah: (Doa di atas). KataAbu Umamah: “Aku membaca doa tersebut, lalu Allahmenghilangkan rasa dukacitaku dan melangsaikanhutangku.” (Riwayat Abu Daud daripada Abu Said al-Khudri).


Diriwayatkan daripada ‘Aisyah RA katanya: “Abu Bakardatang kepadaku lalu berkata: Adakah engkau telahmendengar daripada Rasulullah SAW sebuah doaBaginda ajarkan kepada. Aku bertanya: Apakah doaitu? Jawab beliau: Pada waktu dahulu, Isa Ibn Maryammengajar sahabat-sahabat baginda: Seandainya sesiapadi kalangan kamu yang berhutang sejumlah emas satubukit lalu ia berdoa dengan doa ini nescaya Allahtunaikan untuknya.” Kata Abu Bakar: “Aku telahberdoa dengan doa tersebut lalu Allah memberikan akusuatu ganjaran sehingga aku dapat melangsaikanhutang aku.” Kata ‘Aisyah: Aku pernah menanggunghutang lalu aku mengamalkan tersebut, tidak lamakemudian Allah memberi rezeki kepadaku sehingga akudapat bersedekah dan mewariskan harta.” (Riwayat al-Bazzar, al-Hakim dan al-Asbahani)


Sabda Nabi SAW: “Doa saudaraku Yunus amatmenakjubkan; permulaannya tahlil, pertengahannyatasbih dan penghujungnya pengakuan melakukan dosa.Sesiapa yang berdukacita, berada dalam kekusutan,ditimpa kesusahan dan dibebani hutang pada suatuhari, lalu ia membacanya sebanyak tiga kali, nescayadimakbulkan untuknya.

Demikianlah doa-doa yang boleh sama-sama kita amalkan..InsyaAllah..berkat usaha kita,doa yang ikhlas dan bersunggug-sumgguh,semoga Allah S.W.T melimpahkan nikmat kurnia rezeki yang berkat..Amin.. 




Saturday, 28 January 2012

Sedekah...

Kita sering saja mendengar pepatah 'tangan yang menghulur lebih baik dari yang menerima'....sedekah atau pun menderma ini sebenarnya juga adalah suatu ibadat yang dapat menyucikan hati kita..sedekah lah dengan seikhlas nya kerana ia pasti mendapat ganjaran yang besar daripada ALLAH s.wt....



FADHILAT BERSEDEKAH

Dari Abu Hurairah RA, Bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda : “Apabila mati anak adam maka terputuslah amalannya kecuali tiga, sedeqah jariah, ilmu yang dimanafaatkan dan anak yang soleh yang mendoakannya untuknya.” (H/R. Bukhari).

“ Sesiapa yang sanggup diantara kamu menjaga dirinya daripada api neraka hendaklah ia bersedeqah walau hanya dengan sebiji kurma, dan sesiapa yang tidak mempunyai apa-apa hendaklah ia mengucapkan perkataan yang baik.” (H/R. Ahmad dan Muslim)

Allah Ta’ala berfirman, “ Perumpamaan orang-orang yang menafakahkan harta mereka pada jalan Allah adalah seumpama sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai seratus biji. Allah melipat gandakan bagi siapa yang disukainya dan Allah maha luas kurnianya dan lagi maha mengetahui. ” .

{Al Baqarah (2) : 261} Sedeqah mempunyai kelebihan yang amat banyak, diantaranya adalah seperti berikut: ” Menggandakan kebaikan, ganjaran yang besar, menolak bala, meredakan kemurkaan Allah, menyelamatkan diri dari api neraka, memanjangkan umur, melembutkan hati, melenyepkan perasaan takabur & angkuh, dan akhirnya menerima ganjaran amalan yang berkekalan dan berterusan ”

 

KEBAIKAN DAN KELEBIHAN BERSEDEKAH

Sebahagian ulama berkata : Sedekah itu 10 Kebaikan dan kelebihan - lima di dunia dan lima di akhirat.

Lima di dunia:
1. Mencucikan hartanya
2. Mencucikan badannya
3. Menolak daripada penyakit
4. Menggembirakan orang miskin dan menggembirakan orang mukmin adalah semulia-mulia amal
5. Berkat hartanya dan diluaskan Allah rezekinya

Lima di akhirat:
1. Dinaungkan Allah orang yang bersedekah di hari qiamat ketika sangat panas
2. Ringan hisabnya
3. Berat timbangan (amalan) di akhirat
4. Mudah melalui titian siratulmustaqim
5. Bertambah darjatnya di dalam syurga


PAHALA DAN GANJARAN SEDEKAH



“Sedekah seseorang kamu yang ikhlas itu akan menutup 70 pintu kejahatan. Sedekah seseorang kamu itu akan dibalas oleh Allah s.w.t. dengan 4 jenis pembalasan iaitu :

1. Satu sedekah yang dibalas dengan 10 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada fakir miskin.
2. Satu sedekah yang dibalas dengan 70 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada kaum keluarga dan sanak saudara.
3. Satu sedekah yang dibalas dengan 700 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada sahabat handai dan teman-teman.
4. Satu sedekah yang dibalas dengan 1000 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada para penuntut ilmu atau orang yang berjihad pada jalan Allah

HADIS HADIS RASULULLAH TENTANG KELEBIHAN BERSEDEKAH



[Mafhumnya] Orang yang mengusahakan bantuan (pertolongan) bagi janda dan orang miskin ibarat berjihad dijalan Allah dan ibarat orang solat malam. Ia tidak merasa lelah dan ia juga ibarat orang berpuasa yang tidak pernah berbuka.(Hadis Riwayat: Imam Bukhari)


[Mafhumnya] Barangsiapa ingin doanya terkabul dan dibebaskan dari kesulitannya hendaklah dia mengatasi (menyelesaikan) kesulitan orang lain.(Hadis Riwayat: Imam Ahmad)  

 [Mafhumnya] Bentengilah hartamu dengan zakat, ubati orang-orang sakit (dari kalanganmu) dengan Bersedekah dan persiapkan doa untuk menghadapi datangnya bencana.(Hadis Riwayat: Imam Ath-Thabrani)  

[Mafhumnya] Tiap muslim wajib Bersedekah. Para sahabat bertanya, “Bagaimana kalau dia tidak memiliki sesuatu?” Nabi s.a.w. menjawab, “Bekerja dengan keterampilan tangannya untuk kemanfaatan bagi dirinya lalu Bersedekah.” Mereka bertanya lagi. Bagaimana kalau dia tidak mampu?” Nabi menjawab: “Menolong orang yang memerlukankan yang sedang teraniaya” Mereka bertanya: “Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?” Nabi menjawab: “Menyuruh berbuat ma’ruf.” Mereka bertanya: “Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?” Nabi s.a.w. menjawab, “Mencegah diri dari berbuat kejahatan itulah sedekah.”(Hadis Riwayat: Imam Bukhari dan Imam Muslim)

[Mafhumnya] Orang yang membatalkan pemberian (atau meminta kembali) sedekahnya adalah seperti anjing yang makan kembali muntahannya.(Hadis Riwayat: Imam Bukhari)  

 [Mafhumnya] Barangsiapa diberi Allah harta dan tidak menunaikan zakatnya kelak pada hari kiamat dia akan dibayang-bayangi dengan seekor ular bermata satu di tengah dan punya dua lidah yang melilitnya. Ular itu mencengkam kedua rahangnya seraya berkata, “Aku hartamu, aku pusaka simpananmu.” Kemudian nabi s.a.w. membaca firman Allah surat Ali Imran ayat 180: “Dan janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari karunia-Nya menyangka bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat. Dan kepunyaan Allah lah segala warisan (yang ada) di langit dan di bumi.”(Hadis Riwayat: Imam Bukhari)  

 [Mafhumnya] Abu Dzarr R.a. berkata bahawa beberapa sahabat Rasulullah s.a.w. berkata, “Ya Rasulullah, orang-orang yang banyak hartanya memperoleh lebih banyak pahala. Mereka solat sebagaimana kami solat dan berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka boleh bersedekah dengan kelebihan harta mereka.” Nabi s.a.w. lalu berkata, “Bukankah Allah telah memberimu apa yang dapat kamu sedekahkan? Tiap-tiap ucapan Tasbih adalah sedekah, Takbir sedekah, Tahmid sedekah, Tahlil sedekah, Amar Makruf sedekah, Nahi Mungkar sedekah, Berjimak dengan isteri pun sedekah.” Para sahabat lalu bertanya, “Apakah memuaskan nafsu syahwat mendapat pahala?” Nabi menjawab, “Tidakkah kamu mengerti bahawa kalau dipuaskan nafsu syahwat di tempat yang haram bukankah itu berdosa? Begitu pula kalau syahwat diletakkan di tempat halal, maka dia memperoleh pahala.(Hadis Riwayat: Imam Muslim)  

 [Mafhumnya] Tiap-tiap amalan makruf (kebajikan) adalah sedekah. Sesungguhnya di antara amalan makruf ialah berjumpa kawan dengan wajah ceria (senyum) dan mengurangi isi baldi mu untuk diisikan ke mangkuk kawan mu.(Hadis Riwayat: Imam Ahmad)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...