Friday, 25 January 2013

Blackmores Dietary Supplement - Bio 500 E

Assalamualaikum....

Nak kongsi satu rahsia ! ( haha. iklan oreooooo ) *bajet rahsia sangat kau. haihh

Semalam aku ke bandar untuk membelanja mak aku makan kepci sempena saja-saja aku nak belanja.haha. 
Ingat nak makan menu baru, Golden Wrap Chicken tu tapi bila tengok yang betul-betul punya ia tak berjaya menggoda napsu makan aku, jadi order yang biasa-biasa je laa..

Lepas makan kita jalan-jalan lah sekitar situ, lalu kat satu farmasi ni, mak aku baru teringat yang dia nak beli ubat, ubat dia dah habis. Sambil duk tunggu mak aku beli  ubat dia, telinga comelku (ceyy !) telah menangkap suara akak farmasi tu yang sedang explain tentang vitamin E kat seorang pelanggan ni. Aku pun terdetik hati ingin memiliki juga. Laju-laju cari akak farmasi sorang lagi dan bertanyakan tentang vitamin E ni. Dia cadang kan aku ambik Blackmores Dietary Supplement - Bio 500 E dengan Blackmores Dietary Supplement BioC 1000






Setelah diterangkan serba sedikit tentang supplement berikut, terus aku dengan laju-lajunya pergi bayar tanpa berfikir panjang lagi. Sebab duit tengah ada. Muehehehe. Balik terus search kebaikan vitamin ni untuk tahu lebih lagi. 


Vitamin E

  • Anti oksidan

  • Membekalkan oksigen ke sel-sel badan.

  • Membantu meningkatkan kelembapan kulit disamping memberi keanjalan dan membuatkan kulit menjadi lebih tegang.

  • Sebab dia anti-oksidan menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.

  • Membantu mencegah kanser.

  • Merendahkan risiko katarak.

  • Pngambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok.

Antara tanda-tanda kekurangan Vitamin E

  • Penuaan kulit sebelum masa.
  • Rambut gugur
  • Anemia.

Vitamin C

  • Antioksidan yang bagus

  • Untuk kulit yang cantik, tulang, gigi dan sendi yang sihat.

  • Untuk meningkatkan sistem pertahanan tubuh dan menyembuhkan luka

  • Vitamin C berperanan dlm penghasilan interferon utk immune sistem dan bertindak sbg antihistamine utk meredakan selesema dan inflammasi.

  • Vitamin C penting utk penyembuhan luka krn diperlukan utk membentuk kollagen. Kulit kita terdiri dari collagen, sbb tu ia amat penting. ( Vitamin C bukan collagen ea, vitamin C ni untuk membentuk kan atau menghidupkan balik collagen yg ade dalam badan kite )

  • Vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat.Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.

  • Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi amat digalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat.

  • Vitamin c adalah antioksidan yang berkesan dan efektif utk melindungi badan kita dari radikal bebas yang akan menyebabkan "oxidative stress". jika terlalu banyak oxidative stress akan membawa kepada penyakit kronik seperti sakit jantung dan stroke dan dikaitkan dgn kanser.

  • Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.

Menurut Dr Bruce Miller, dos yang dicadangkan untuk mengambil vitamin C ialah 500mg sehari iaitu bersamaan 7 setengah biji Oren. Jika kita mampu nak mkn hari2 buah oren tu. Kalau tak anda dinasihatkan agar mendapatkannya dalam bentuk tablet atau kapsul. 



Lepas telan jer, terus muka berseri seri - bak kata Rihanna, shine bright like a diamonds uollsss ! Auwww. OKAY TIPU ! haha. 

Tunggu seminggu dua nak tengok kesan dia, nanti aku update lagi hokayyyy ~

5 comments:

  1. salam...dh bape lame amik vitamin ni?
    cmne ksannye? bezz lagu..hee

    ReplyDelete
  2. Jgn lupa update ngn gambor skali.

    ReplyDelete
  3. Bole mkn vit e n c skli ke dlm mse yg sme? Mksdnya dlm stu hr mkn vit e n c

    ReplyDelete
  4. A feeling of balance and a sense of clarity will soon be administered by you. check this link right here now where to buy garcinia cambogia

    ReplyDelete
  5. Dah nk masuk 2018 ...no any update 😂😂😂
    .
    Nak jugak tahu hahahahaha

    ReplyDelete

Tinggalkan komen anda yang membina atau tak membina nye pun adoi kat sini yer.. peaceee ! ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...