Sunday, 17 February 2013

Bagai Kaca Terhempas Ke Batu



Ohhh, berkecai sungguh hati ini rasanya bila tengok gambar pertunangan dia. Perasaan benci terhadapnya semakin meluap-luap dalam diri aku. Tak sangka, sungguh tidak disangka, aku diperdaya oleh mulut manisnya. Bercakap bagai menanam tebu di pinggir bibir. 

Bila ingat balik kenangan dulu, saat keluar bersama, berhubung melalui telefon, dia selalu datang ke rumah jumpa mak abah aku, ajak aku jumpa mak dia macam betul-betul ikhlas dengan aku. Tapi bulan lepas dia bagitahu yang dia nak kawen. Arghhhhhh, menangis tak berlagu aku time tuuu.. Dan sekarang aku terlihat gambar pertunangannya dengan perempuan tu kat Facebook. Oh, luluh hati ini. Selama ini dia cuma permainkan aku ? Dia bercinta dengan perempuan tu dan dalam masa yang sama dia telah bagi bermacam-macam harapan pada aku ! :(

Kenapa bersikap begitu ? Perlu ke permainkan perasaan orang untuk kepentingan diri sendiri ? 

Andai dapat ku undurkan putaran dunia, pasti tidak ku sambut salam perkenalan darimu jika beginilah pengakhirannya.



Nevermind i'll find someone DEFINITELY NOT like youuuuuuu.

Monday, 28 January 2013

If Phones Were Vehicles


Taraaaa....









Nokia 3310 paling kebal ! mavelessss. hikhokhikhok

Friday, 25 January 2013

Yeay ! Bertuah..

OMG ..OMG..OMG... 












Aku menang 15,000 henggettt uolllss. Kau hado ? Takdo kan ? kann ?? Bhahahahaha. Tak pernah-pernah aku isi minyak kat Shell, yang pernahnya tumpang tandas dia aje, tiba-tiba jer menang, gila ke apa ? Dah banyak duit sangat nak bagi orang sembarangan saja ? haha. Nampok benor nipunye yopp !

Dah berpuluh kali dapat sms macam ni haa, kalau nak dikirakan dah jadi jutawan dah aku sekarang ni, dapat duit free je, 'bertuah' lah katakan.. mehemehmeheee.

Apa-apa pun, jangan mudah terpedaya dengan tipu muslihat orang yang tak bertanggungjawab macam ni. Hati-hati. 



Blackmores Dietary Supplement - Bio 500 E

Assalamualaikum....

Nak kongsi satu rahsia ! ( haha. iklan oreooooo ) *bajet rahsia sangat kau. haihh

Semalam aku ke bandar untuk membelanja mak aku makan kepci sempena saja-saja aku nak belanja.haha. 
Ingat nak makan menu baru, Golden Wrap Chicken tu tapi bila tengok yang betul-betul punya ia tak berjaya menggoda napsu makan aku, jadi order yang biasa-biasa je laa..

Lepas makan kita jalan-jalan lah sekitar situ, lalu kat satu farmasi ni, mak aku baru teringat yang dia nak beli ubat, ubat dia dah habis. Sambil duk tunggu mak aku beli  ubat dia, telinga comelku (ceyy !) telah menangkap suara akak farmasi tu yang sedang explain tentang vitamin E kat seorang pelanggan ni. Aku pun terdetik hati ingin memiliki juga. Laju-laju cari akak farmasi sorang lagi dan bertanyakan tentang vitamin E ni. Dia cadang kan aku ambik Blackmores Dietary Supplement - Bio 500 E dengan Blackmores Dietary Supplement BioC 1000






Setelah diterangkan serba sedikit tentang supplement berikut, terus aku dengan laju-lajunya pergi bayar tanpa berfikir panjang lagi. Sebab duit tengah ada. Muehehehe. Balik terus search kebaikan vitamin ni untuk tahu lebih lagi. 


Vitamin E

  • Anti oksidan

  • Membekalkan oksigen ke sel-sel badan.

  • Membantu meningkatkan kelembapan kulit disamping memberi keanjalan dan membuatkan kulit menjadi lebih tegang.

  • Sebab dia anti-oksidan menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.

  • Membantu mencegah kanser.

  • Merendahkan risiko katarak.

  • Pngambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok.

Antara tanda-tanda kekurangan Vitamin E

  • Penuaan kulit sebelum masa.
  • Rambut gugur
  • Anemia.

Vitamin C

  • Antioksidan yang bagus

  • Untuk kulit yang cantik, tulang, gigi dan sendi yang sihat.

  • Untuk meningkatkan sistem pertahanan tubuh dan menyembuhkan luka

  • Vitamin C berperanan dlm penghasilan interferon utk immune sistem dan bertindak sbg antihistamine utk meredakan selesema dan inflammasi.

  • Vitamin C penting utk penyembuhan luka krn diperlukan utk membentuk kollagen. Kulit kita terdiri dari collagen, sbb tu ia amat penting. ( Vitamin C bukan collagen ea, vitamin C ni untuk membentuk kan atau menghidupkan balik collagen yg ade dalam badan kite )

  • Vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat.Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.

  • Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi amat digalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat.

  • Vitamin c adalah antioksidan yang berkesan dan efektif utk melindungi badan kita dari radikal bebas yang akan menyebabkan "oxidative stress". jika terlalu banyak oxidative stress akan membawa kepada penyakit kronik seperti sakit jantung dan stroke dan dikaitkan dgn kanser.

  • Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.

Menurut Dr Bruce Miller, dos yang dicadangkan untuk mengambil vitamin C ialah 500mg sehari iaitu bersamaan 7 setengah biji Oren. Jika kita mampu nak mkn hari2 buah oren tu. Kalau tak anda dinasihatkan agar mendapatkannya dalam bentuk tablet atau kapsul. 



Lepas telan jer, terus muka berseri seri - bak kata Rihanna, shine bright like a diamonds uollsss ! Auwww. OKAY TIPU ! haha. 

Tunggu seminggu dua nak tengok kesan dia, nanti aku update lagi hokayyyy ~

Tuesday, 22 January 2013

Doa Halau Hantu Dan Syaitan - UAI



Doa halau hantu syaitan:


Bila kita terdengar suara hantu tapi belum nampak hantu itu, baca ayat ini, InsyaAllah tidak akan diganggu oleh hantu syaitan :

اعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق و من شر شياطين و ان يحضرون

Maksud : Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sangat sempurna dari segala makhluk (yang jahat) dan daripada syaitan (hantu) daripada mereka datang kepada aku.

Tapi bila hantu telah menjelma di hadapan kita, baca ayat ini 3 kali:

العنك بلعنة الله

Maksudnya : Aku laknat kamu dengan laknat Allah.

Doa ni Rasulullah yang ajar kita. InsyaAllah hantu itu akan lari. Kalau hantu tu tak lari juga, itu hantu mabuk pil kuda :)

Kena hafal lah doa ni. Takkan bila hantu dah menjelma depan muka baru nak buka CD kuliah. Nanti hantu tu kata "tak sempat dah bohhh" :)

~ Ustaz Azhar Idrus ~

Sunday, 20 January 2013

Stress menikam kalbu

Alahai, stress nya lah aku hari ni. Huru hara jadiknye. Kerja banyak yang tak kena hari ni. Hari apa lah ni yang keadaan jadi serabut sangat ni. Sakit jiwa akakkkk uolss ! Blerghhh~

Pantangnya lah aku kalau benda kecik di besar-besarkan, benda senang dipayah-payahkan, benda lurus dibengkok-bengkokkan. Ahhh, tampor bertubi-tubi baru tahu !! Baru kau tahu langit tu tinggi ke tak tinggi. Err, ter'emo pulee.. Maafkan eden yoo..eden tengah stresssss ni haa..ngeeeee

Supaya kestressan eden dan ekau ekau yang mano stress tu hah layan ajo benda alah ni. Jangan difikir sangat masalah yang melando tuuuu. Tolak ketepi dulu, esok sambung pikiaq.



















Okay, pasti tak stress lagi kan kan kan kannnnn ? kan ke tak kan ?? heksss 
Nak lagi video video menarik yang mampu menghilangkan stress dan meredhakan tekanan (sama je pun hoi..hihihi) boleh lah search sendiri kat youtube atau kat mana-mana jelaaaaaaa. muahaha :p

okay, bye !




Skyfall


mari menyanyi ! heksss 



Jom Hias Blog !!

Mari dekat mari dekat ! meh sini meh, kita hias blog kita santekk santekkk. Aku tak buat tutorial  sebab aku tak pandai. Tapi, dengan adanya blogger-blogger yang rajin, pandai, kreatif semua ni boleh lah jugak aku hias blog aku ni sikit-sikit ikut tutorial diorang.

Berikut adalah tutorial yang boleh kita jadikan sebagai rujukan. =)










  • Tutorial 1 : Membuat Scroll Box 
  1. Cara Lyssa Faizureen
  2. Cara Rina Supian
  3. Cara Cik Nurfarah
  • Tutorial 2 : Membuat Welcome Blog
  • Tutorial 3 : Title Blog Bergerak
  1. Cara Aisyah - My Storyline
  2. Cara Eisya Kamal
  3. Cara Farah Izzaty
  4. Cara Cik Nurfarah
  • Tutorial 4 : Buat Menu Tab
  1. Cara Maisarah - Bingkisan Hati
  2. Cara Azhafizah
  3. Cara Cik Nurfarah
  4. Cara Cik Dil - Kerana Manisnya Epal
  • Tutorial 5 : Dividers Di Setiap Entry
  1. Cara Misshy Innz - Diari Budak Malas
  2. Cara Lyssa Faizureen
  3. Cara Cik Wany
  • Tutorial 6 : Mencantikkan Kotak Komen
  1. Cara Pija Alexa
  2. Cara Syafeika Edora
  3. Cara Cik Meya Teyo

  • Tutorial 7 : Membuat Header Transparent
  1. Cara Nadhratul
  2. Cara Azza
  3. Cara FizGraphic
  4. Cara Miszathirah

  • Tutorial 8 : Note Dibawah Setiap Entri
  1. Cara Senah Glamour
  2. Cara Fatin Hazwani
  3. Cara Budak Kenit
  4. Cara The Tutobies
  • Tutorial 9 : Pages Number Pada Blog
  1. Cara The Kaki Wayang
  2. Cara Coretan Sunthree
  3. Cara B-digg
  • Tutorial 10 : Tukar Perkataan Comment Kepada Icon Comel
  1. Cara Izara
  2. Cara Arezayreen
  3. Cara Cik Nurfarah
  4. Cara Cik Elyana
  • Tutorial 11 : Background Berbeza Antara Admin Dan Pembaca
  1. Cara Arezayreen
  2. Cara Cik Nurfarah
  3. Cara Nurfuzie




















40 Nasihat Saidina Ali Karramallah Wajhah

Assalamualaikum semua para pembaca blog aku yang dikasihi sekalian.

Pagi ni aku nak kongsikan sedikit ilmu yang mungkin boleh dijadikan pegangan hidup kita bersama. 40 Nasihat Saidina Ali Karramallah Wajhah.


Berikut adalah 40 nasihat Saiyidina Ali sebagaimana yang terdapat di dalam kitab Nahjul Balagh dan Al-Bayan Wattabyeen r.a.

1. Pendapat seorang tua adalah lebih baik daripada tenaga seorang muda

2. Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran

3. Kebesaran seseorang itu bergantung dengan qalbunya yang mana adalah sekeping daging

4. Mereka yang bersifat pertengahan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin

5. Jagailah ibubapa kamu, nescaya anak-anakmu akan menjagai kamu

6. Bakhil terhadap apa yang ditangan adalah tidak mempunyai kepecayaan terhadap Allah

7. Kekayaan seorang bakhil akan turun kepada ahli warisnya atau ke angin.Tidak ada yang terpencil dari seorang yang bakhil

8. Seorang arif adalah lebih baik daripada arif.Seorang jahat adalah lebih jahat daripada kejahatan

9. Ilmu adalah lebih baikdaripada kekayaan kerana kekayaan harus dijagai, sedangakan ilmu menjaga kamu

10. Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan kesusahan mu dengan mendirikan sembahyang

11. Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas dendam

12. Mengajar adalah belajar

13. Berkhairatlah mengikut kemampuan mu dan janganlah kamu jadikan keluargamu hina dan miskin

14. Insan terbahagi kepada 3 :
a) mereka yang mengenal Allah
b) mereka yang mencari kebenaran
c) mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran.
Golongan yang terakhir inilah yang paling rendah dan tak baik sekali dan mereka akan ikut sebarang ketua dengan buta seperti kambing

15. Insan tak akan melihat kesalahan seorang yang bersifat tawadhu’ dan lemah

16. Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap Allah

17. Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat dari mencari kesilapan orang lain

18. Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang ia lakukan untuk memperbaiki dirinya

19. Manusia sebenarnya sedang tidur tetapi akan bangun bila ia mati

20. Jika kamu mempunyai sepenuh keyakinan akan Al-Haq dan kebenaran, nescaya keyakinanmu tetap tidak akan berubah walaupun terbuka rahsia2 kebenaran itu.

21. Allah merahmati mereka yang kenal akan dirinya dan tidak melampaui batas

22. Sifat seseorang tersembunyi disebalik lidahnya

23. Seorang yang membantu adalah sayapnya seorang yang meminta

24. Insan tidur di atas kematian anaknya tetapi tidak tidur di atas kehilangan hartanya

25. Barangsiapa yang mencari apa yang tidak mengenainya nescaya hilang apa yang mengenainya

26. Mereka yang mendengar orang yang mengumpat terdiri daripada golongan mereka yang mengumpat

27. Kegelisahan adalah lebih sukar dari kesabaran

28. Seorang yang hamba kepada syahwatnya adalah seorang yang lebih hina daripada seorang hamba kepada hamba

29. Orang yang dengki marah kepada orang tidak berdosa

30. Putus harapan adalah satu kebebasan, mengharap (kepada manusia) adalah suatu kehambaan

31. Sangkaan seorang yang berakal adalah suatu ramalan

32. Seorang akan mendapat tauladan di atas apa yang dilihat

33. Taat kepada perempuan(selain ibu) adalah kejahilan yang paling besar

34. Kejahatan itu mengumpulkan kecelaan yang memalukan

35. Jika berharta, berniagalah dengan Allah dengan bersedekah

36. Janganlah kamu lihat siapa yang berkata tetapi lihat apa yang dikatakannya

37. Tidak ada percintaan dengan sifat yang berpura-pura

38. Tidak ada pakaian yang lebih indah daripada keselamatan

39. Kebiasaan lisan adalah apa yang telah dibiasakannya

40.Jika kamu telah menguasai musuhmu,maafkanlah mereka, kerana perbuatan itu adalah syukur kepada kejayaan yang telah kamu perolehi.

Semoga ianya bermanfaat. =)

(sumber)

Saturday, 19 January 2013

Moment Indah...

Hye.. selamat petang !

Ehem ehemm..nak tanya ni. Adakah anda kenal jejaka ini ?





















Haaa, kenal tak ? Ya ! Ini bukan Jericho Rosales ya, mohon jangan tersalah sangka pula. kehkehkeh. Ni adalah Shukri Yahaya. Semenjak berlakon jadi Danny dalam Ruby ni, tahap minat aku pada dia terus melonjak naik, haa hambek kauuu. hahaaa. Sweet kot dia ni. Rata-rata gadis kat TL asyik gilakan mamat ni jer, termasuk lah diri aku insan yang lemah ini. wakaka.

Dannnnnnnnnn,
Moment paling indah, paling gembira, paling manis apabila si Danny ataupun nama sebenar Shukri Yahaya ni retweet dan reply tweet aku dua tiga kali. Woahhh. Rasa diri ini dihargai. Hambekk kauuu, penyakit perasan yang sukar diubati. -_-" ( Padahal semua peminat yang mention dia, dia akan reply dan retweet, peramah yoo ~)

Rasa bahagia yang amat sangat apabila bersoal jawab dengan dia walaupun sekejap !

Haaahhahahaha, inilah lagaknya bila manusia seperti aku yang tak pernah dapat reply dari retis. Dapat reply sekali jer terus terkinja-kinja tanpa henti.

Kbhai.




Tuesday, 15 January 2013

Addicted Drama Ruby TV3

Assalamualaikum......

Ohhh, sungguh aku addicted gila dengan drama yang sedang disiarkan di saluran TV3 sekarang ni. RUBY bersiaran setiap selasa hingga khamis jam 10 malam mengisi slot samarinda di tv3. Aduh, sweet gila watak Benjamin dengan Syuhara tuuuu.. memang manis habis. Haha. Dah lama sebenarnya aku tak ketagih tengok drama ni. Dulu Nora Elena sekarang Ruby. Perghhh, 9.58 malam dah terpacak depan tv untuk saksikan Syuhara dengan Benjamin bergaduh.

 Lakonan mantap Sharnaaz Ahmad dengan Siti Saleha memang buat aku teringat-ingat kan cerita tu setiap masa ahh. Tengok, betapa kuatnya penangan lakonan korang berdua sampai aku dah termimpi-mimpi dah. Tegar benar tahap keminatan aku pada drama ni bukan ? muahaha. Jarang-jarang aje sebenarnya drama yang mampu buat aku terpaut gila. haha.

Dan aku wajib ulang tonton episod-episod drama ni everyday kat tonton ni haaa. Best woooo. Dan kerana drama ni jugak aku jatuh hati pada Danny !! Ouchh, sakitnya jatuh ! wakaka. 




Sinopsis Drama Ruby TV3

Ruby mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Syuhara, seorang anak yatim piatu yang membesar di rumah kebajikan tinggal bersama dua orang kawan baiknya iaitu Anis dan Diana. Setelah keluar dari rumah anak yatim, mereka bertiga bekerja di sebuah kilang kosmetik, Empayar Ruby.

Di situ, Syuhara berkenalan dengan Benjamin yang tinggal bersama ayahnya, Dato’ Kamal dan sangat disayangi oleh neneknya, Nek Mariam. Ben juga mempunyai seorang ibu saudara iaitu Datin Afifah yang tinggal bersama anaknya, Nadia. Datin Afifah bersama-sama Dato’ Kamal menguruskan Empayar Ruby.
Datin Afifah mempunyai hasrat untuk merampas empayar tersebut. Pada masa yang sama, Nadia menyimpan perasaan cinta terhadap Ben tetapi hati Ben hanya untuk Syuhara. Berjayakah Datin Afifah merampas empayar Ruby dan macam mana pulak dengan cinta tiga segi antara Syuhara, Benjamin dan Nadia?

*************
Sila ke tonton ya untuk terus menonton episod-episod yang best dengan watak Syuha dan Ben yang sangat cantik manis hensem kacak jelita menarik dan sebagainya tu.


Dan akhir sekali, ini dia Danny yang macho !


Shukri Yahaya

Love you Danny, Muahh Muahhhhh !! Ceyyy, mohon muntah ditempat yang dibenarkan ya. Kbhai :p


Teruskan support teamRuby !;D


Saturday, 12 January 2013

Takkan Kulepaskan

Assalamualaikum.....

Hye uollls. =)
Selamat berhujung minggu kepada yang bercuti hari ni. Tapi tidak kepada warga Terengganu, korang buat kerja elok-elok jangan nak mengulor aje keje nye yaa  !! Ewahh Ewaahhh, seronok pula kata kat orang padahal aku 6 x 12 juga. ceyyy !

Ahhh, Takkan Kulepaskan !!! What ??! Haha. Tajuk novel okay, bukan apa pun. Semalam aku ke Pustaka Seri Intan teman kakak aku beli barang sekolah anak dia. Tak habeh lagi membeli nye pun adoi. Dalam pada  menunggu dia yang leka memilih pemadam angry bird untuk anaknya tu aku pun mendekatkan diri pada rak yang tersusun rapi novel-novel kat atasnya. Wah sangat engkau ! Bila jumpa novel terus excited walaupun masih ada beberapa buah novel lagi yang belum terusik sikit pun kat ghumah. Aku pun mulalah aktiviti sampingan kat situ, baca sinopsis novel. Ambik satu, baca, letak balik. Ambik lagi, baca, letak balik. Lagi sekali ambik, tak baca, pun letak balik jugak. Last, terpandang kan yang ni :




Aku pun ambik, kemudian hayati cover dia then baca sinopsis.

Maria dibesarkan di rumah anak yatim. Demi mencapai cita-citanya, dia nekad mengubah nasib diri dengan bekerja di rumah keluarga bangsawan. Malangnya, dia sentiasa dihina oleh majikannya. Air mata menjadi peneman setia. Namun, dalam diam ketabahannya telah menarik hati seseorang. 
Tengku Ezairul, lelaki ego yang memandang darjat dan kedudukan. Dia bencikan Maria. Tiada sekelumit rasa belas kasihan tatkala mamanya mendera gadis itu. Namun, cinta tidak mengenal siapa. Dia tidak dapat membohongi hatinya bahawa dia sebenarnya menggilai gadis itu. Tembok keegoannya runtuh dalam sekelip mata. Mampukah dia mempertahankan rasa cinta itu? Kata Maria, cinta mudah untuk diucapkan.
Cinta mudah untuk diluahkan. Tapi cinta juga mampu menghancurkan. Dia tidak meminta untuk dicintai, apatah lagi disakiti. Dia wanita biasa yang lemah dalam cinta. Tapi perasaan itu tidak akan terkubur bila hatinya terukir nama lelaki itu.

Macam seronok ! Terus gi kaunter, bayar. ;D

Sedang syok-syok layan novel ni  kat depan tv, ( baca novel, tv terpasang. Ambik kau, satu pembaziran telah berlaku !!) satu suara telah menegurku.

"Tebalnya buku hadis yang kau baca tu dik !" sapa abah aku.



"Bukan lah, bah. Ni novel. Buku cerita." terangku bersungguh-sungguh.




"Takde paedahhh nya pun kau baca buku macam tu. Baik kau pergi baca buku hadis 40 tu hah !" balas abah lagi.




"Errr...err... " terus angkat kaki, masuk bilik. Muhasabah diri ! hahaha.


Lepas tu terus sambung baca balik sebab dah tiba kat part best tadi. Okay, tu je ! muehehehee

 Takkan Kulepaskan
Emy Raziela

Harga : RM 22.00
ISBN : 978-983-124-832-4
Halaman : ~ 544
Berat : 500 gm
Tarikh Terbit : 15 Disember 2012
Kategori : Novel

Friday, 11 January 2013

Isteri Dibogel Geng Lepak


Akibat tindakan suami menegur sekumpulan remaja yang gemar melepak di kawasan perumahan di Jalan Semarak di sini, menyebabkan isterinya dibogel sebelum gambarnya dirakam selain disamun wang tunai dan barangan kemas bernilai kira-kira RM10,000, pagi kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa yang mahu dikenali sebagai Siti, 32, sedang tidur di dalam biliknya manakala suaminya pula keluar berjumpa rakan.

Katanya, tiba-tiba dia terjaga sebaik terdengar bunyi cermin depan rumah dan pintu dipecahkan. Apabila keluar dari bilik, dia ternampak sekumpulan lima lelaki yang sering melepak di kawasan perumahannya berada di dalam rumah manakala tiga lagi berkawal di luar.

Menurutnya, selepas mereka ternampak dia berseorangan, dua daripada lelaki terbabit menyerangnya dengan topi keledar menyebabkannya separuh sedar.

“Tidak cukup dengan itu, saya turut dilibas dengan parang, namun sempat mengelak. Bagaimanapun, akibat ditumbuk, saya menjadi pening dan dalam keadaan separuh sedar itu, mereka membogelkan saya sebelum merakam gambar bogel selain cuba merogol saya.


“Saya melarikan diri meminta tolong dengan jiran dan bernasib baik, jiran sebelah terdengar jeritan saya dan membenarkan saya berlindung di dalam rumahnya,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Beliau berkata, kumpulan lelaki itu mengejarnya hingga ke rumah jiran dan apabila jiran enggan membuka pintu seperti diarahkan mereka, motosikal dan cermin rumah jirannya dipecahkan.

Siti berkata, kumpulan itu tidak meninggalkan rumahnya begitu saja sebaliknya melarikan barang kemas, telefon bimbit pintar, iPad, dan wang yang disimpan di dalam tabung bernilai kira-kira RM10,000.

“Mereka turut mengugut akan menyebarkan gambar bogel saya di Internet sekiranya membuat laporan polis dan saya percaya kejadian ini berpunca daripada tindakan suami saya menegur kumpulan itu yang sering mengacau penduduk selepas mengambil minuman keras.

“Dengan bantuan jiran, saya membuat laporan di Balai Polis Jalan Tun Razak,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Sumber : myMetro
---------------------------------------------------------------------------------------------

Wahhhh ! dasyat nya. Begitu kejam manusia sekarang. Begitu berperikebinatangan !! Langsung tidak boleh menerima teguran. Nauzubillah. Semoga kita semua sentiasa dibawah lindungan maha Esa. Amin. 



Wednesday, 9 January 2013

Khamis Menjelma Lagi Dengan Lekasnya......

Assalamualaikum.....

Selamat pagi.. Salam 27 Safar 1434H bersamaan 10 Januari 2013 dan hari ini adalah hari khamis. Begitu pantas waktu berlalu sekarang kan ? kejap je dah khamis. Kejap je dah jumaat. Itulah putaran waktu yang kian cepat berpusing dan meninggalkan kita. Kadang-kadang, sesuatu benda yang dulunya boleh disiapkan dalam satu hari, sekarang sudah sebaliknya. Sesungguhnya masa itu emas. Sangat berharga. Gunakanlah masa yang ada ini dengan sebaik-baik yang termampu. 

Dalam Al-Quran juga terdapat surah yang menerangkan bahawa masa itu penting.


petikan surah Al Asr
Bismillahirahmanirahim
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang

Wal' ashri.
demi masa

innal insaana lafi khusr
Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian
.
illalladziina aamanu wa'amilush shaalihaati watawaashaubihaqqi watawashau bishshabr
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal saleh, dan saling berwasiat untuk mentaati kebenaran dan saling berwasiat untuk menetapi kesabaran
amin




p/s : semoga kita semua sentiasa berada dalam lindungan dan keredhaan-Nya. =)

Tuesday, 8 January 2013

Subhanallah. =)

Assalamualaikum...




Marilah sama-sama kita amalkan, insyaallah ada keberkatan disebaliknya. =)


Kek Pelik..Eeeeuwwww !

Assalamualaikum dan selamat petang...

Oh, petang yang sungguh membosankan. Kerja yang berkurangan kat ofis sejak dua menjak ni membuatkan aku bertambah-tambah bosan tak tahu nak buat apa. Tuwit, fesbuk, blogwalking dan sebagainya. Mesti orang yang tak tahu situasi sebenar akan cakap aku ni seorang yang pemalas amat, makan gaji buta, curi tulang dan semua yang sama waktu dengan nya la kan ? Oh, tidak sama sekali, tidak. Aku bukan lah jenis macam tu. Jangan lah melampau sangat ! heh ? Dah takde keje nak buat, semua kerja yang ada sikit-sikit tu aku dah settle kan awal-awal. Jadinya, belah petang takde kerja sangat lah aku ni..Habis tu, kalau tak berinternet takkan aku nak termenung kosong mengadap komputer yang sah-sah depan mata ? Aku tak gila lah ! muahahahaha !!

Okay, apa yang kau merepek ni Merah ? okay okay abaikan. Berbalik kepada tajuk yang jelas terpapar kat atas tu, Kek Pelik..Eeeeuwwww ! Apa kejadahnya kan ? Hehe. Kali ni aku nak berkongsi dengan uolls gambar-gambar kek yang sungguh menyelerakan, confirm lepas tengok gambar ni terus terjun katil melangkah laju ke kedai kek berhampiran anda. (jangan harap lah nak ada..tak ada nya kat sini jual kek macam tu ! haha)

Nah, bagi yang tengah lapar. Silalah menjamu selera dengan mata anda.























Macam mana ? Ada sesiapa nak tempah tak ?? Hahaha. Okay, tu je. Sekadar melepaskan stress takde keje di petang hari..Agagagag :p

Sebelum berpisah, amboi berpisah kau. Nah, satu lagi ole-ole dari aku.. 


Ohnoooo..cian baby gemuk kena bakar dalam oven.




Cute kan ? tak sanggup nak makan kek macam tu. Takkan lah nak potong kaki dia tangan dia, belah perut dia kan kann kannnn. Sadis ! 

Tu je.

Kbhai. =)


Monday, 7 January 2013

Rock Never Dies

Seperti yang kita semua maklum jugak hari ahad  6 Januari 2013 yang lepas telah berlangsungnya Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL27) dengan penuh gilang gemilangnya. Adat pertandingan ada yang menang ada yang kalah. TAHNIAH! diucapkan kepada pemenang AJL27 :

Keputusan Anugerah Juara Lagu ke27

1. Juara – Terukir Di Bintang (Yunalis Zarai)
2. Naib Juara – Idola (Azlan & The TypeWriter, ciptaan Audi Mok)
3. Tempat Ketiga – Ku Akui (ciptaan Ajai, nyanyian Hafiz)
4. Vokal Terbaik – Ku Akui (Hafiz)
5. Persembahan Terbaik – Teman Pengganti (Black & RJ)

Dan dalam banyak-banyak persembahan pada malam itu, persembahan yang paling gempak tak lain tak bukan adalah persembahan penutup untuk AJL27 yang dijayakan oleh Rahmat Mega, Aris Ariwatan, Joey dan Ramli Sarip. Gila, best ! Legend ! Siapa yang terlepas persembahan tu ? eh, ada ke ? rasanya semua orang tengok kot. heee. Takpe -takpe, tengok banyak kali pun tak jemu kot, Nah ! Video persembahan penutup ROCK NEVER DIES yoo ! 


 Tiba-tiba langkahku terhenti, sejuta tangan telah menahanku.. Ingin ku maki, mereka berkata tak perlu kau berlari, mengejar mimpi yang tak pasti.. Hari ini juga mimpi, maka biarkan ia datanggg.. di hatimuuuuu.
Layaaaannnnnnn. Sama-sama karaoke ya. Go Ramli Sarip Go !! 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...