Tuesday 15 January 2013

Addicted Drama Ruby TV3

Assalamualaikum......

Ohhh, sungguh aku addicted gila dengan drama yang sedang disiarkan di saluran TV3 sekarang ni. RUBY bersiaran setiap selasa hingga khamis jam 10 malam mengisi slot samarinda di tv3. Aduh, sweet gila watak Benjamin dengan Syuhara tuuuu.. memang manis habis. Haha. Dah lama sebenarnya aku tak ketagih tengok drama ni. Dulu Nora Elena sekarang Ruby. Perghhh, 9.58 malam dah terpacak depan tv untuk saksikan Syuhara dengan Benjamin bergaduh.

 Lakonan mantap Sharnaaz Ahmad dengan Siti Saleha memang buat aku teringat-ingat kan cerita tu setiap masa ahh. Tengok, betapa kuatnya penangan lakonan korang berdua sampai aku dah termimpi-mimpi dah. Tegar benar tahap keminatan aku pada drama ni bukan ? muahaha. Jarang-jarang aje sebenarnya drama yang mampu buat aku terpaut gila. haha.

Dan aku wajib ulang tonton episod-episod drama ni everyday kat tonton ni haaa. Best woooo. Dan kerana drama ni jugak aku jatuh hati pada Danny !! Ouchh, sakitnya jatuh ! wakaka. 




Sinopsis Drama Ruby TV3

Ruby mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Syuhara, seorang anak yatim piatu yang membesar di rumah kebajikan tinggal bersama dua orang kawan baiknya iaitu Anis dan Diana. Setelah keluar dari rumah anak yatim, mereka bertiga bekerja di sebuah kilang kosmetik, Empayar Ruby.

Di situ, Syuhara berkenalan dengan Benjamin yang tinggal bersama ayahnya, Dato’ Kamal dan sangat disayangi oleh neneknya, Nek Mariam. Ben juga mempunyai seorang ibu saudara iaitu Datin Afifah yang tinggal bersama anaknya, Nadia. Datin Afifah bersama-sama Dato’ Kamal menguruskan Empayar Ruby.
Datin Afifah mempunyai hasrat untuk merampas empayar tersebut. Pada masa yang sama, Nadia menyimpan perasaan cinta terhadap Ben tetapi hati Ben hanya untuk Syuhara. Berjayakah Datin Afifah merampas empayar Ruby dan macam mana pulak dengan cinta tiga segi antara Syuhara, Benjamin dan Nadia?

*************
Sila ke tonton ya untuk terus menonton episod-episod yang best dengan watak Syuha dan Ben yang sangat cantik manis hensem kacak jelita menarik dan sebagainya tu.


Dan akhir sekali, ini dia Danny yang macho !


Shukri Yahaya

Love you Danny, Muahh Muahhhhh !! Ceyyy, mohon muntah ditempat yang dibenarkan ya. Kbhai :p


Teruskan support teamRuby !;D


2 comments:

  1. Suka jugak citer ruby nie...

    follow cik merah...orang ganu erk...

    cik rose pun orang ganu ngok...tapi duk selangor kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best, x prnh miss tgk citer ni. Oh ye ke ? Ganu beloh mane ? Hee

      Delete

Tinggalkan komen anda yang membina atau tak membina nye pun adoi kat sini yer.. peaceee ! ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...