Thursday, 3 January 2013

Kuih Cucur Jawa

Assalamualaikum.....

03 Januari 2013. Petang yang kehujanan membasahi bumi. Cuaca gelap menjadikan suasana suram muram bagai. Dah lah duduk keseorangan di ofis petang ni, perasaan forever alone tiba-tiba menerjah ke sanubari yang luhur ini. Wah ! ayat bukan main lagi. haha.. okay< abaikan..

Dalam pada duduk keseorangan termenung tak ada kerja nak buat ni, tiba-tiba kepala hotak aku terimbau pada kuih cucur jawa yang officemate aku belikan tempoh hari.. baru tersedar yang sebenarnya kuih tu sedap kalu time lapar tengah hujan macam ni haa. ( apa punya manusia laa makan empat hari yang lepas baru terasa sedapnya ! -_-" ). Jadi, secara tiba-tiba jugak aku rasa nak makan lagi ( nampak tak banyak ketibatibaan di situuuu ? ). Aku pun mula lah misi menggoogle resepi kuih cucur jawa ni. Tak tahu rope kuih tu ? hah, meh sini nak tunjuk meh !


sumber gambar : google !

Tudiaaaaaaa kuih cucur jawa, ada orang panggil cucur tepung beras sebab masak guna tepung beras, ada jugak yang panggil cucur topi sebab nampak macam topi, gelembung kat atas. haha.

Jadi, mengikut perkiraan hati nurani aku ni, malam nanti kalau rajin nak la jugak try buat. Nak tengok jadi topi ke helmet ke pashmina keeeeee ? Muahahaha ! Sebelum aku cuba, boleh lah kalau korang nak cuba dulu pun. Sedap tau tak ?! Dengan ini aku sertakan resepi kuih cucur jawa ni.


RESEPI CUCUR JAWA

BAHAN-BAHAN:
1) 1 cawan tepung gandum*
2) 1 cawan tepung beras*
3) 3/4 cawan gula merah*
4) 1/4 cawan gula pasir*
1) 1 cawan air kosong

CARA-CARANYA:
1) Masukkan semua bahan yang bertanda * ke dalam mangkuk.
2) Masukkan air sikit demi sedikit ke dalam mangkuk tadi sambil kacau. Jangan biarkan tepung berketul-ketul.
3) Lepas dah habis kacau, simpan dalam peti ais selama lebih kurang 6 jam. (lagi lama peram, lagi sedap rasanya)
4) Lepas itu bolehlah goreng dan makan dengan enaknya!


Oh ! Sungguh senang bukan ? Bahan-bahan pun sempoi habis. Jom lah try buat. Selamat mencuba. 

Kbhai ! 





Wednesday, 2 January 2013

Cuba Untuk Kembali Senyum



Malang tidak berbau. Hidup tak selalunya indah. Segala yang kita impikan tak mungkin selalu menjadi kenyataan. Begitulah juga dengan aku. Segala harapan hancur berkecai di tengah jalan. Ku sangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Tak ku sangka tak ku duga, rupa rupanya aku salah mentafsir segala apa yang diucapkan malah dari segala perbuatannya terhadap aku dan keluarga. Amat tak menyangka sekali begini pengakhiran kisah kami. Adakah hubungan jarak jauh menjadi puncanya ? Mungkin ya ! Apa pun yang berlaku, tiada guna menangisi kekecewaan ini. Aku sedar, tiada gunanya lagi meratapi perpisahan ini. Nasihat emak, kakak kkak aku serta sahabat tersayang membuatkan mencuba untuk kembali senyum dan keluar dari kesedihan ini. Lupakan segala yang terjadi. Buka buku baru sempena tahun baru yang baka menjelang.


;)

Nevermind Nevermind Nevermindddddd


I heard that you're settled down
That you found a girl and you're married now.
I heard that your dreams came true.
Guess she gave you things I didn't give to you.

Old friend, why are you so shy?
Ain't like you to hold back or hide from the light.

I hate to turn up out of the blue uninvited
But I couldn't stay away, I couldn't fight it.
I had hoped you'd see my face and that you'd be reminded
That for me it isn't over.

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead,
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead"

You know how the time flies
Only yesterday was the time of our lives
We were born and raised
In a summer haze
Bound by the surprise of our glory days

I hate to turn up out of the blue uninvited
But I couldn't stay away, I couldn't fight it.
I'd hoped you'd see my face and that you'd be reminded
That for me it isn't over.

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead."

Nothing compares
No worries or cares
Regrets and mistakes
They are memories made.
Who would have known how bittersweet this would taste?

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead."

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead,
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead

----------------------------------------------------------------------

Oh, sedihnya. Tiba-tiba cakap dah nak kahwin. Aku bukan main lagi setia menunggu ! Sia-sia. Blerghhhhhhhhhhhh

Banjir


Hujan sepagian. Aikkk, sepagian ?? Hal ini kerana baru separuh hari, takkan la baru pukul lapan  lebih dah jadi seharian.. ini tak boleh jadi. muehehehehe. Cuaca sedih sekali hari ini dek kerana kehujanan yang melanda dan membasahi bumi. sekejap lebat sekejap perlahan. Hujan sinonim dengan tidur kan ? Ah, jiwa aku sedang meronta-ronta nak tidur juga. Tapi apakan daya aku insan yang lemah (cewahhhh!) sekarang waktu kerja mana boleh sewenang-wenang nya aku tidur.

Amende la aku ni bercakap pasal tidur. Nampak tak sikap malas aku kat situ ?? nampak tak nampak takkk ?! HAHA. Kerja asyik nak tidur je tak malas kenapa. Waktu-waktu macam gini pun boleh lagi bercakap soal tidur, memang pemalas tahap 5 lah aku ni. -_-"

Memandangkan hujan lebat sedang melanda di negeri-negeri yang terlibat dan  menyebabkan sesetengah tempat dilanda banjir. Alhamdulillah, syukur sebab kawasan tempat tinggal aku terlepas daripada ditenggelami air. Apa-apa pun, berhati-hati lah musim tengkujuh macam ni. Jaga kesihatan masing-masing. Asyik terkena hujan mudah je nak demam. Musim ni laku sangat lah ubat demam kat klinik-klinik berdekatan anda tu kann.



Waa..dasyat bukan ?



Jadi, di kesempatan ini aku nak share sedikit sebanyak tip untuk korang gunakan jika menghadapi banjir.

Tips belas ehsan google :

Keratan akhbar Harian Metro

Jadi, bolehlah ikut tip-tip tersebut. Ditimpa bencana banjir juga merupakan ujian daripada Allah S.W.T.. Semoga kita semua tabah mengharunginya. =)

p/s : seronok, seronok juga tapi ingat banyak pacat dalam air banjir tahu ? eeeeeuuuuwww !! HAHAHA.

Kbhai.

Sunday, 8 July 2012

tanpa tajuk...wuuuu !

Dah lama gila tak buka blog nih..huh ! bukan apa..MALAS..heeee...sebabnya aku tak reti nak berblog-blog bagai eh...nak tulis apa pun tak tahu...buat semangat aku merudum jatuh je bila tengok orang punya blog maju-maju weh...huwaaaa...tu laa merah...orang lain buat blog kau pun nak...tapi tak sedar yang kau tu tak pandai ! hoi,sedarlah! bisik hati kecil ku..,

Tapi dah memang hobi aku menulis..menaip segala...tapi tak ada idea sangat...mungkin aku tak banyak ilmu..tak pandai kutip ilmu yang di mana-mana je sekarang boleh dapat..ahhh..takpe laa..blog ni sekadar memberi kepuasan untuk diri sendiri...babaiiii... :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...