Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Wednesday, 2 January 2013

Banjir


Hujan sepagian. Aikkk, sepagian ?? Hal ini kerana baru separuh hari, takkan la baru pukul lapan  lebih dah jadi seharian.. ini tak boleh jadi. muehehehehe. Cuaca sedih sekali hari ini dek kerana kehujanan yang melanda dan membasahi bumi. sekejap lebat sekejap perlahan. Hujan sinonim dengan tidur kan ? Ah, jiwa aku sedang meronta-ronta nak tidur juga. Tapi apakan daya aku insan yang lemah (cewahhhh!) sekarang waktu kerja mana boleh sewenang-wenang nya aku tidur.

Amende la aku ni bercakap pasal tidur. Nampak tak sikap malas aku kat situ ?? nampak tak nampak takkk ?! HAHA. Kerja asyik nak tidur je tak malas kenapa. Waktu-waktu macam gini pun boleh lagi bercakap soal tidur, memang pemalas tahap 5 lah aku ni. -_-"

Memandangkan hujan lebat sedang melanda di negeri-negeri yang terlibat dan  menyebabkan sesetengah tempat dilanda banjir. Alhamdulillah, syukur sebab kawasan tempat tinggal aku terlepas daripada ditenggelami air. Apa-apa pun, berhati-hati lah musim tengkujuh macam ni. Jaga kesihatan masing-masing. Asyik terkena hujan mudah je nak demam. Musim ni laku sangat lah ubat demam kat klinik-klinik berdekatan anda tu kann.



Waa..dasyat bukan ?



Jadi, di kesempatan ini aku nak share sedikit sebanyak tip untuk korang gunakan jika menghadapi banjir.

Tips belas ehsan google :

Keratan akhbar Harian Metro

Jadi, bolehlah ikut tip-tip tersebut. Ditimpa bencana banjir juga merupakan ujian daripada Allah S.W.T.. Semoga kita semua tabah mengharunginya. =)

p/s : seronok, seronok juga tapi ingat banyak pacat dalam air banjir tahu ? eeeeeuuuuwww !! HAHAHA.

Kbhai.

Wednesday, 29 February 2012

Petua Gigi Cantik


Waaa...lawanya dia...cun gila ! 
tapi sekali sengih,terserlah kekuningan giginya tersebut..HAHAHA..
siapa ?? saya laa tu ! hehe..malu pulak...tang gigi tu betul,tapi tang lawa sampai gila cun tu pelawok jah ~ hekss..

Baiklah..tadi saya terbaca dekat blog someone..yang menceritakan
dia nampak sorang amoi cantik ni..jalan punye lah catwalk kalah model...tapi bila senyum,,perghh 
kuning...blogger tu cakap..lawa macam mana pun 
orang tu tapi kalau gigi kuning
tak jadi jugak...
hmm...bila pikir balik..memang tersangat lah betul statement dia tu..

Jadi,saya pun bertungkus lumus  mencari petua untuk memutihkan gigi...then,jumpa petua ni :-

PETUA : Ambil sepotong halia dan sesudu garam kasar,tumbuk sehingga lumat.
Tambahkan sedikit air dan bancuhkan sehingga sebati.
Kumur dengan air bancuhan ini setiap kali selepas menggosok
gigi sebelum masuk tidur.Amalkan setiap hari.Gigi
anda bukan sahaja akan putih dan kuat malah
mulut anda akan berbau wangi.


Yeahhh ! nanti pegi beli halia ngan garam kasar..
then amalkan setiap hari..InsyaAllah,jadi..boleh sengih lebar-lebar lah nanti..haha..



Friday, 27 January 2012

Perasaan Rendah Diri Menguasai Diri ??

Adakah perasaan rendah diri menguasai diri anda atau cuma diri saya yang berperasaan sebegitu rupa ???
arrrragghhh....sebenarnya sifat rendah diri ini juga penting dalam kehidupan kita..namun,jika ianya melampau maka agak payah lah untuk kita menjalankan rutin harian kita..saya akui yang agak bersifat rendah diri walau hakikat nya saya ni tinggi...saya kurang berkeyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai..huhuhu...oleh hal yang sedemikian rupa,saya telah mencari cara-cara untuk mengatasi perasaan saya itu...maka,dengan khidmat baik google,dapat lah saya temui tips2 nya itu.... =)

Antaranya :


Ubah penampilan diri anda
Ya, penampilan memainkan peranan dalam meningkatkan keyakinan didalam diri anda. Penampilan disini bermaksud penampilan luaran yang orang lain boleh nampak anda. Biasanya anda akan merasa rendah diri sebab anda rasa anda tak lawa la, anda tak pandai bergaya la dan macam-macam lagi. Jadi anda kena ubah penampilan anda dulu ye. Ubah gaya anda berpakaian biar kemas. Ni kalau pakaian pun selekeh macam mana orang lain nak yakin dengan kita betul tak? Jadi anda pun mula la rasa rendah diri dan malu..hehe. Ubahlah penampilan anda bagi meningkatkan keyakinan dalam diri anda.
Banyakkan bergaul dengan orang lain
Biasanya orang yang merasa rendah diri ini jarang untuk bergaul dengan orang lain mungkin sebab malu agaknya. Apa yang nak dimalukan orang lain pun manusia sama macam kita juga. Disebabkan kurang pergaulan inilah yang menyebabkan anda rasa mudah tidak yakin untuk berdepan dengan orang lain. Pergaulan disini bukannya pergaulan bebas ye. Jangan salah faham pulak..hehe. Maksud saya jangan duduk sorang-sorang pergi cari kawan-kawan boleh borak-borak dengan mereka keluar jalan-jalan  makan-makan ke. Pergaulan yang saya maksudkan juga adalah anda kena belajar hidup bermasyarakat. Kalau jumpa siapa kat tepi rumah tu tegur-tegur la bagi salam pun cukup. Kalau boleh tolong dia wat kerja apa-apa lagi baik.
Jangan pandang orang lain terlalu hebat
Bila anda selalu melihat yang seseorang tu terlalu hebat maka anda akan merasa rendah diri jika dibandingkan dengan diri anda yang mungkin. Percayalah cakap saya. Saya sendiri pun pernah mengalaminya. Contohnya di dalam pelajaran ke anda tengok kawan anda terlalu bijak dan hebat dan anda akan mula membandingkan dia dengan diri anda. Dan selepas tu anda merasa tertekan dan merungut didalam hati kenapa la aku tak sehebat dia.. Disitu anda dah mula rasa rendah diri dengan kawan anda. Tak pun jika kawan anda tu terlalu macho sangat kalah artis-artis kat malaysia ni kot dan anda nak jugak membandingkan dia dengan diri anda. Anda akan merasa rendah diri disitu..hehe. Jadi jangan terlalu memandang orang lain terlalu hebat. Sikit-sikit boleh la kot.
Kurangkan sifat malu yang berlebihan
Saya tak dapat nak menafikan didalam diri setiap orang itu ada rasa malu. Kalau nak malu tu memang boleh kerana malu ni pun sebahagian daripada iman. Yang jadi tak bagusnya malu tak bertempat ni. Nak jumpa orang tu malu, nak jumpa orang ni malu, habis nak jumpa semua orang nak malu-malu kot. Jadi malu keterlaluan ni adalah sebab tak biasa bergaul dengan orang lain. Asyik dok sorang-sorang je. Ada yang lagi teruk bila buat dosa tak rasa malu pulak. Jadikan malu itu sebagai pelindung untuk anda dari melakukan dosa. Bila anda dapat mengurangkan rasa malu yang keterlaluan di dalam diri anda insyaallah rasa rendah diri didalam diri anda akan dapat dikurangkan. Dn an ianya akan meningkatkan keyakinan didalam diri anda untuk berdepan dengan orang lain.
Banyakkan berdoa kepada Allah
Sebagai seorang hamba yang banyak melakukan dosa kita hendaklah selalu berdoa kepada Allah agar diberikan keampunan olehNya. Sentiasalah berdoalah supaya diberikan kekuatan didalam diri kita ini supaya tidak merasa rendah diri bila bedepan dengan orang lain. Dengan doa ini ia dapat meningkat keyakinan kita dalam menghadapi hidup ini. Jangan jadikan rasa rendah diri itu sebagai satu kelemahan didalam diri anda kerana anda juga yang akan rugi kerana anda memerlukan satu keyakinan didalam diri bagi menghadapi kehidupan yang penuh dengan dugaan dan cabaran ini.

sumber : copy paste dari blog someone..terima kasih.. =)
Insyaallah...saya akan praktikkan ilmu di atas supaya hidup saya lebih maju..yeahhhhhh !!! =D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...