Friday, 25 January 2013

Blackmores Dietary Supplement - Bio 500 E

Assalamualaikum....

Nak kongsi satu rahsia ! ( haha. iklan oreooooo ) *bajet rahsia sangat kau. haihh

Semalam aku ke bandar untuk membelanja mak aku makan kepci sempena saja-saja aku nak belanja.haha. 
Ingat nak makan menu baru, Golden Wrap Chicken tu tapi bila tengok yang betul-betul punya ia tak berjaya menggoda napsu makan aku, jadi order yang biasa-biasa je laa..

Lepas makan kita jalan-jalan lah sekitar situ, lalu kat satu farmasi ni, mak aku baru teringat yang dia nak beli ubat, ubat dia dah habis. Sambil duk tunggu mak aku beli  ubat dia, telinga comelku (ceyy !) telah menangkap suara akak farmasi tu yang sedang explain tentang vitamin E kat seorang pelanggan ni. Aku pun terdetik hati ingin memiliki juga. Laju-laju cari akak farmasi sorang lagi dan bertanyakan tentang vitamin E ni. Dia cadang kan aku ambik Blackmores Dietary Supplement - Bio 500 E dengan Blackmores Dietary Supplement BioC 1000






Setelah diterangkan serba sedikit tentang supplement berikut, terus aku dengan laju-lajunya pergi bayar tanpa berfikir panjang lagi. Sebab duit tengah ada. Muehehehe. Balik terus search kebaikan vitamin ni untuk tahu lebih lagi. 


Vitamin E

  • Anti oksidan

  • Membekalkan oksigen ke sel-sel badan.

  • Membantu meningkatkan kelembapan kulit disamping memberi keanjalan dan membuatkan kulit menjadi lebih tegang.

  • Sebab dia anti-oksidan menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.

  • Membantu mencegah kanser.

  • Merendahkan risiko katarak.

  • Pngambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok.

Antara tanda-tanda kekurangan Vitamin E

  • Penuaan kulit sebelum masa.
  • Rambut gugur
  • Anemia.

Vitamin C

  • Antioksidan yang bagus

  • Untuk kulit yang cantik, tulang, gigi dan sendi yang sihat.

  • Untuk meningkatkan sistem pertahanan tubuh dan menyembuhkan luka

  • Vitamin C berperanan dlm penghasilan interferon utk immune sistem dan bertindak sbg antihistamine utk meredakan selesema dan inflammasi.

  • Vitamin C penting utk penyembuhan luka krn diperlukan utk membentuk kollagen. Kulit kita terdiri dari collagen, sbb tu ia amat penting. ( Vitamin C bukan collagen ea, vitamin C ni untuk membentuk kan atau menghidupkan balik collagen yg ade dalam badan kite )

  • Vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat.Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.

  • Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi amat digalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat.

  • Vitamin c adalah antioksidan yang berkesan dan efektif utk melindungi badan kita dari radikal bebas yang akan menyebabkan "oxidative stress". jika terlalu banyak oxidative stress akan membawa kepada penyakit kronik seperti sakit jantung dan stroke dan dikaitkan dgn kanser.

  • Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.

Menurut Dr Bruce Miller, dos yang dicadangkan untuk mengambil vitamin C ialah 500mg sehari iaitu bersamaan 7 setengah biji Oren. Jika kita mampu nak mkn hari2 buah oren tu. Kalau tak anda dinasihatkan agar mendapatkannya dalam bentuk tablet atau kapsul. 



Lepas telan jer, terus muka berseri seri - bak kata Rihanna, shine bright like a diamonds uollsss ! Auwww. OKAY TIPU ! haha. 

Tunggu seminggu dua nak tengok kesan dia, nanti aku update lagi hokayyyy ~

Tuesday, 22 January 2013

Doa Halau Hantu Dan Syaitan - UAI



Doa halau hantu syaitan:


Bila kita terdengar suara hantu tapi belum nampak hantu itu, baca ayat ini, InsyaAllah tidak akan diganggu oleh hantu syaitan :

اعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق و من شر شياطين و ان يحضرون

Maksud : Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sangat sempurna dari segala makhluk (yang jahat) dan daripada syaitan (hantu) daripada mereka datang kepada aku.

Tapi bila hantu telah menjelma di hadapan kita, baca ayat ini 3 kali:

العنك بلعنة الله

Maksudnya : Aku laknat kamu dengan laknat Allah.

Doa ni Rasulullah yang ajar kita. InsyaAllah hantu itu akan lari. Kalau hantu tu tak lari juga, itu hantu mabuk pil kuda :)

Kena hafal lah doa ni. Takkan bila hantu dah menjelma depan muka baru nak buka CD kuliah. Nanti hantu tu kata "tak sempat dah bohhh" :)

~ Ustaz Azhar Idrus ~

Sunday, 20 January 2013

Stress menikam kalbu

Alahai, stress nya lah aku hari ni. Huru hara jadiknye. Kerja banyak yang tak kena hari ni. Hari apa lah ni yang keadaan jadi serabut sangat ni. Sakit jiwa akakkkk uolss ! Blerghhh~

Pantangnya lah aku kalau benda kecik di besar-besarkan, benda senang dipayah-payahkan, benda lurus dibengkok-bengkokkan. Ahhh, tampor bertubi-tubi baru tahu !! Baru kau tahu langit tu tinggi ke tak tinggi. Err, ter'emo pulee.. Maafkan eden yoo..eden tengah stresssss ni haa..ngeeeee

Supaya kestressan eden dan ekau ekau yang mano stress tu hah layan ajo benda alah ni. Jangan difikir sangat masalah yang melando tuuuu. Tolak ketepi dulu, esok sambung pikiaq.



















Okay, pasti tak stress lagi kan kan kan kannnnn ? kan ke tak kan ?? heksss 
Nak lagi video video menarik yang mampu menghilangkan stress dan meredhakan tekanan (sama je pun hoi..hihihi) boleh lah search sendiri kat youtube atau kat mana-mana jelaaaaaaa. muahaha :p

okay, bye !




Skyfall


mari menyanyi ! heksss 



Jom Hias Blog !!

Mari dekat mari dekat ! meh sini meh, kita hias blog kita santekk santekkk. Aku tak buat tutorial  sebab aku tak pandai. Tapi, dengan adanya blogger-blogger yang rajin, pandai, kreatif semua ni boleh lah jugak aku hias blog aku ni sikit-sikit ikut tutorial diorang.

Berikut adalah tutorial yang boleh kita jadikan sebagai rujukan. =)










  • Tutorial 1 : Membuat Scroll Box 
  1. Cara Lyssa Faizureen
  2. Cara Rina Supian
  3. Cara Cik Nurfarah
  • Tutorial 2 : Membuat Welcome Blog
  • Tutorial 3 : Title Blog Bergerak
  1. Cara Aisyah - My Storyline
  2. Cara Eisya Kamal
  3. Cara Farah Izzaty
  4. Cara Cik Nurfarah
  • Tutorial 4 : Buat Menu Tab
  1. Cara Maisarah - Bingkisan Hati
  2. Cara Azhafizah
  3. Cara Cik Nurfarah
  4. Cara Cik Dil - Kerana Manisnya Epal
  • Tutorial 5 : Dividers Di Setiap Entry
  1. Cara Misshy Innz - Diari Budak Malas
  2. Cara Lyssa Faizureen
  3. Cara Cik Wany
  • Tutorial 6 : Mencantikkan Kotak Komen
  1. Cara Pija Alexa
  2. Cara Syafeika Edora
  3. Cara Cik Meya Teyo

  • Tutorial 7 : Membuat Header Transparent
  1. Cara Nadhratul
  2. Cara Azza
  3. Cara FizGraphic
  4. Cara Miszathirah

  • Tutorial 8 : Note Dibawah Setiap Entri
  1. Cara Senah Glamour
  2. Cara Fatin Hazwani
  3. Cara Budak Kenit
  4. Cara The Tutobies
  • Tutorial 9 : Pages Number Pada Blog
  1. Cara The Kaki Wayang
  2. Cara Coretan Sunthree
  3. Cara B-digg
  • Tutorial 10 : Tukar Perkataan Comment Kepada Icon Comel
  1. Cara Izara
  2. Cara Arezayreen
  3. Cara Cik Nurfarah
  4. Cara Cik Elyana
  • Tutorial 11 : Background Berbeza Antara Admin Dan Pembaca
  1. Cara Arezayreen
  2. Cara Cik Nurfarah
  3. Cara Nurfuzie




















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...