Monday, 7 January 2013

Ending Terlanjur Cinta yang........

Assalamualaikum.....

Seperti yang sedia maklum, drama Terlanjur Cinta yang disiarkan di TV9 setiap hari isnin dan selasa jam 8.30 malam telah pun tamat malam tadi.  Ouh, ending yang tergantung tinggi bukan ? haha tinggi la sangat ! Mana tak nya, tak tahu apa kesudahan kisah mereka. Nia terima Fareth ke Amrin, lagak macam nak berpisah dengan si Fareth dan beri harapan pada Amrin. Tapi, asyik duk cakap Amrin macam abang la bagai. Si apa ke nama Marsha tu, haa Amanda tak diceraikan pun oleh si Fareth. Adakah akan ada Terlanjur Cinta musim ke 2 lepas ni ?? Wah, macam menarik. Harapnya lahhh. heeee. 


Ending impian aku untuk cerita ni 

  • Nia berpisah dengan Fareth dan terima abang Amrin sebagai cinta hatinya. Hidup bahagia. Wakakaka.

p/s : "Mohon buat cerita sendiri lah Merah !" aku bermonolog di depan skrin komputer. hehh ! 

Nak ending best, baca novel Andai Itu Takdirnya best gila. Kisah dia dekat nak sama, tapi best novel lagi. Sila beli, sila baca, sila menangis semahunya. muehehehe. :p

Saturday, 5 January 2013

Setia Kasih - Haleeda





Sekali air sungai melimpah
Sekali pasirnya pun berubah
Itulah falsafah... yang menjadi ikutan...
Dan juga bualan

Tapi bagiku pula berbeza
Sungai mengalir tetap berliku
Yang berubah cuma... adalah pasir saja...
Penghujungnya muara

( korus )
Hati ingin berbicara
Hati ingin merasai... nikmat cinta
Yang sering diperkata
Tetapi sebaliknya
Tiada Terlaksana

Dahan yang patah tiada bersambung lagi
Hatiku pasrah dalam mencari mimpi
Getar hatiku serta kepayahanku
Hanya kau saja sudi memahaminya

Setiaku kini hanya satu
Dan kasihku bukanlah beribu
Biar bercerai badan... jasad atau pun nyawa...
Aku tetap setia

( ulang semua )

Friday, 4 January 2013

Andai Itu Takdirnya...

Assalamualaikum.....

Andai itu takdirnya.. Wah, nampak macam berserah pasrah redha je kan ? haha. Sebenarnya, ini cuma tajuk novel sahaja. Bukan lah ungkapan dari hati nurani aku. heee. Novel nukilan Siti Rosmizah ni memang buat air mata aku bercucuran jatuh membasahi pipi gebu aku ( gebu ?? mohon jangan muntah merata okay ! ). First time baca masa tahun 2009, form 5 time tu. Pinjam dari kawan sekelas. Balik mengadap sikit terus melekat tak boleh buat benda lain dah. Teresak-esak aku menangis bila ada part-part yang amat menyedihkan. Ni lah first novel yang aku baca dapat bazirkan air mata aku. Good job Siti Rosmizah.

Lepas beberapa minggu habis baca, aku pinjam lagi dari kawan. Baca pulak, menangis pulak. Sampai tiga kali aku baca dalam jarak waktu yang tidak jauh, dan ketiga-tiga kali tulah aku menangis. Sedih wehhhhh ! 
Aku cuba jugak cari novel tu kat mana-mana bookstore berdekatan, nak jadi kan hak milik kekal haha. Tapi hampa, tak jumpa pun hinggalah tahun ni aku berjaya menggapainya dekat ekspo buku bersebelahan Mydin Mall Kuala Terengganu tempoh hari. Amboi ! ;D

Seronok bukan kepalang dapat memiliki novel best macam gini haa.

Sumber : Google search !

Sedikit petikan dari novel Andai Itu Takdirnya :


Aleya, seorang gadis yang cantik dan berlatarbelakangkan keluarga sederhana, dalam diam menyimpan perasaan dengan seorang anak tokoh korporat yang ternama yang merupakan rakan sekuliahnya di Universiti, Syed Aizril. Syed Aizril, wajahnya yang tampan menjadikan dia kegilaan ramai gadis, limpahan kemewahan meletakkan ego dan kesombongan di singgahsana yang paling tinggi. Mentalitinya yang mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup pintu hatinya untuk mendengar bicara hatinya sendiri.


"Salahkah Leya mencari sedikit bahagia? Mengapa Leya tak pernah dapat merasainya? Hina sangatkah Leya sebab beribu dan berbapakan orang miskin? Memang Leya miskan tapi Leya juga jugak ada maruah diri." 

Terjadinya suatu perkara yang menyatukan mereka. Tapi kerana terlalu ego, sombong dan mementingkan darjat, begitu hina Aleya dilayan Syed Aizril. 

"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling." 

Kuasa cinta, tiada siapa yang dapat menghalang. Mereka kembali bersatu atas penyesalan Syed Aizril. Ketika ingin menyulam bahagia dan menyemai kasih antara dua hati, munculnya Sharifah Emilin, sepupu kepada Syed Aizril yang membuat onar. Sharifah Emilin yang penuh di hatinya dengan ego, bongkak dan iri hati ingin menunaikan dendamnya pada Aleya yang dianggap merampas Syed Aizril yang konon dianggap sebagai kekasihnya. Namun, di hati Syed Aizril, hanya Aleya yang bertakhta. 

"You dengar sini Zril, dendam I tak habis kat sini. I bersumpah, I akan pastikan hidup you musnah...musnah sebagaimana you musnahkan hidup I. I takkan lepaskan you. You tetap akan jadi milik I. I janji Zril, I janji." 

Namun, ada kalanya cinta mereka teruji di tengah jalan. Kerana keegoan seorang lelaki yang menuncak, Syed Aizril telah melakukan kekhilafan yang hanya merugikan dirinya sendiri dan hampir-hampir menyebabkan dia kehilangan cinta sucinya. 

"Leya jangan tinggalkan abang. Kembalilah sayang, kembalilah. Jangan teruskan perjalanan itu. Berilah abang peluang untuk membahagiakan Leya. Hentikan perjalanan itu sayang, pandanglah ke belakang walaupun cuma seketika." 

Salahkah Aleya kerana memilih Syed Aizril dalam hidupnya? 

"Namun dia terleka sebentar dengan kebahagiaan palsu yang diciptakan oleh suaminya. Habis manis sepah dibuang. Dia akhirnya menjadi pengemis cinta pada suaminya sendiri. Akhirnya dia telah terluka untuk kedua kalinya tetapi kali ini kelukaannya lebih dalam hingga meragut nyawanya sendiri. Itulah kisah perempuan yang bernama Nur Aleya binti Idris." 

Cinta...cinta telah menjadikan Aleya, gadis yang pendiam dan berperibadi sederhana, seorang yang kuat, tabah, tegas dan berani, walau dalam hatinya penuh cinta dan kasih. 

"Selama aku miniti liku-liku kehidupan yang penuh onak dan duri ni, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil." 

Cinta...cinta telah mengubah Syed Aizril yang ego dan sombong kepada seorang yang sangat menghargai cinta dan kasih sayang. 

"Leya, abang janji dengan nama ALLAH abang akan menjaga Leya hingga ke nafas yang terakhir. Percayalah sayang. Leya takkan keseorangan lagi. Abang sayang Leya dengan penuh hati abang."


------------------------------------------------------------------------------------------------------------

* Apa macam ?? Menarik bukan ? Jadi saranan aku, beli lah novel ni dan baca. Ia menjanjikan kepuasan kepada para pembaca. Sikit pun tak rugi kalau beli. =)

Okay, sekian saja. 

Thursday, 3 January 2013

Kuih Cucur Jawa

Assalamualaikum.....

03 Januari 2013. Petang yang kehujanan membasahi bumi. Cuaca gelap menjadikan suasana suram muram bagai. Dah lah duduk keseorangan di ofis petang ni, perasaan forever alone tiba-tiba menerjah ke sanubari yang luhur ini. Wah ! ayat bukan main lagi. haha.. okay< abaikan..

Dalam pada duduk keseorangan termenung tak ada kerja nak buat ni, tiba-tiba kepala hotak aku terimbau pada kuih cucur jawa yang officemate aku belikan tempoh hari.. baru tersedar yang sebenarnya kuih tu sedap kalu time lapar tengah hujan macam ni haa. ( apa punya manusia laa makan empat hari yang lepas baru terasa sedapnya ! -_-" ). Jadi, secara tiba-tiba jugak aku rasa nak makan lagi ( nampak tak banyak ketibatibaan di situuuu ? ). Aku pun mula lah misi menggoogle resepi kuih cucur jawa ni. Tak tahu rope kuih tu ? hah, meh sini nak tunjuk meh !


sumber gambar : google !

Tudiaaaaaaa kuih cucur jawa, ada orang panggil cucur tepung beras sebab masak guna tepung beras, ada jugak yang panggil cucur topi sebab nampak macam topi, gelembung kat atas. haha.

Jadi, mengikut perkiraan hati nurani aku ni, malam nanti kalau rajin nak la jugak try buat. Nak tengok jadi topi ke helmet ke pashmina keeeeee ? Muahahaha ! Sebelum aku cuba, boleh lah kalau korang nak cuba dulu pun. Sedap tau tak ?! Dengan ini aku sertakan resepi kuih cucur jawa ni.


RESEPI CUCUR JAWA

BAHAN-BAHAN:
1) 1 cawan tepung gandum*
2) 1 cawan tepung beras*
3) 3/4 cawan gula merah*
4) 1/4 cawan gula pasir*
1) 1 cawan air kosong

CARA-CARANYA:
1) Masukkan semua bahan yang bertanda * ke dalam mangkuk.
2) Masukkan air sikit demi sedikit ke dalam mangkuk tadi sambil kacau. Jangan biarkan tepung berketul-ketul.
3) Lepas dah habis kacau, simpan dalam peti ais selama lebih kurang 6 jam. (lagi lama peram, lagi sedap rasanya)
4) Lepas itu bolehlah goreng dan makan dengan enaknya!


Oh ! Sungguh senang bukan ? Bahan-bahan pun sempoi habis. Jom lah try buat. Selamat mencuba. 

Kbhai ! 





Wednesday, 2 January 2013

Cuba Untuk Kembali Senyum



Malang tidak berbau. Hidup tak selalunya indah. Segala yang kita impikan tak mungkin selalu menjadi kenyataan. Begitulah juga dengan aku. Segala harapan hancur berkecai di tengah jalan. Ku sangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Tak ku sangka tak ku duga, rupa rupanya aku salah mentafsir segala apa yang diucapkan malah dari segala perbuatannya terhadap aku dan keluarga. Amat tak menyangka sekali begini pengakhiran kisah kami. Adakah hubungan jarak jauh menjadi puncanya ? Mungkin ya ! Apa pun yang berlaku, tiada guna menangisi kekecewaan ini. Aku sedar, tiada gunanya lagi meratapi perpisahan ini. Nasihat emak, kakak kkak aku serta sahabat tersayang membuatkan mencuba untuk kembali senyum dan keluar dari kesedihan ini. Lupakan segala yang terjadi. Buka buku baru sempena tahun baru yang baka menjelang.


;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...