Sunday, 8 June 2014

Cik Merah Datang Lagi....

Assalamualaikum.

Setelah sekian lama Cik Merah mendiamkan diri, kini Cik Merah terbuka hati untuk membuka blog Cik Merah. Cik Merah tahu, blog Cik Merah cuma blog sampah. hehe. Akan tetapi, Cik Merah amat gemar dalam bidang penulisan. Dan Cik Merah tidak tahu di mana tempat untuk menzahirkan minat Cik Merah ni. Walaupun Cik Merah tidak lah berbakat langsung, tetapi Cik Merah minat.

Biar lah Cik Merah bermula dari bawah. Mungkin penulisan Cik Merah adalah sampah dan tak ada orang baca, janji ia adalah satu kepuasan untuk diri sendiri.

Cik Merah tahu, apa yang Cik Merah tuliskan ini tiada isi penting pun. Cuma nak bagi tahu yang Cik Merah datang lagi dan akan memeriahkan blog-blog korang juga. Cik Merah akan lawat blog-blog korang dan baca perkongsian anda semua. Cik Merah sukeeeeeeee tau baca blog2 menarik tertarik apa semua ni. hehee

Akhir kata dari Cik Merah, selamat hari Isnin dan selamat bekerja untuk anda semua. Bye !


Sunday, 17 February 2013

Bagai Kaca Terhempas Ke Batu



Ohhh, berkecai sungguh hati ini rasanya bila tengok gambar pertunangan dia. Perasaan benci terhadapnya semakin meluap-luap dalam diri aku. Tak sangka, sungguh tidak disangka, aku diperdaya oleh mulut manisnya. Bercakap bagai menanam tebu di pinggir bibir. 

Bila ingat balik kenangan dulu, saat keluar bersama, berhubung melalui telefon, dia selalu datang ke rumah jumpa mak abah aku, ajak aku jumpa mak dia macam betul-betul ikhlas dengan aku. Tapi bulan lepas dia bagitahu yang dia nak kawen. Arghhhhhh, menangis tak berlagu aku time tuuu.. Dan sekarang aku terlihat gambar pertunangannya dengan perempuan tu kat Facebook. Oh, luluh hati ini. Selama ini dia cuma permainkan aku ? Dia bercinta dengan perempuan tu dan dalam masa yang sama dia telah bagi bermacam-macam harapan pada aku ! :(

Kenapa bersikap begitu ? Perlu ke permainkan perasaan orang untuk kepentingan diri sendiri ? 

Andai dapat ku undurkan putaran dunia, pasti tidak ku sambut salam perkenalan darimu jika beginilah pengakhirannya.



Nevermind i'll find someone DEFINITELY NOT like youuuuuuu.

Tuesday, 29 January 2013

Monday, 28 January 2013

If Phones Were Vehicles


Taraaaa....









Nokia 3310 paling kebal ! mavelessss. hikhokhikhok

Friday, 25 January 2013

Yeay ! Bertuah..

OMG ..OMG..OMG... 












Aku menang 15,000 henggettt uolllss. Kau hado ? Takdo kan ? kann ?? Bhahahahaha. Tak pernah-pernah aku isi minyak kat Shell, yang pernahnya tumpang tandas dia aje, tiba-tiba jer menang, gila ke apa ? Dah banyak duit sangat nak bagi orang sembarangan saja ? haha. Nampok benor nipunye yopp !

Dah berpuluh kali dapat sms macam ni haa, kalau nak dikirakan dah jadi jutawan dah aku sekarang ni, dapat duit free je, 'bertuah' lah katakan.. mehemehmeheee.

Apa-apa pun, jangan mudah terpedaya dengan tipu muslihat orang yang tak bertanggungjawab macam ni. Hati-hati. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...