Saturday 28 January 2012

Sedekah...

Kita sering saja mendengar pepatah 'tangan yang menghulur lebih baik dari yang menerima'....sedekah atau pun menderma ini sebenarnya juga adalah suatu ibadat yang dapat menyucikan hati kita..sedekah lah dengan seikhlas nya kerana ia pasti mendapat ganjaran yang besar daripada ALLAH s.wt....



FADHILAT BERSEDEKAH

Dari Abu Hurairah RA, Bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda : “Apabila mati anak adam maka terputuslah amalannya kecuali tiga, sedeqah jariah, ilmu yang dimanafaatkan dan anak yang soleh yang mendoakannya untuknya.” (H/R. Bukhari).

“ Sesiapa yang sanggup diantara kamu menjaga dirinya daripada api neraka hendaklah ia bersedeqah walau hanya dengan sebiji kurma, dan sesiapa yang tidak mempunyai apa-apa hendaklah ia mengucapkan perkataan yang baik.” (H/R. Ahmad dan Muslim)

Allah Ta’ala berfirman, “ Perumpamaan orang-orang yang menafakahkan harta mereka pada jalan Allah adalah seumpama sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai seratus biji. Allah melipat gandakan bagi siapa yang disukainya dan Allah maha luas kurnianya dan lagi maha mengetahui. ” .

{Al Baqarah (2) : 261} Sedeqah mempunyai kelebihan yang amat banyak, diantaranya adalah seperti berikut: ” Menggandakan kebaikan, ganjaran yang besar, menolak bala, meredakan kemurkaan Allah, menyelamatkan diri dari api neraka, memanjangkan umur, melembutkan hati, melenyepkan perasaan takabur & angkuh, dan akhirnya menerima ganjaran amalan yang berkekalan dan berterusan ”

 

KEBAIKAN DAN KELEBIHAN BERSEDEKAH

Sebahagian ulama berkata : Sedekah itu 10 Kebaikan dan kelebihan - lima di dunia dan lima di akhirat.

Lima di dunia:
1. Mencucikan hartanya
2. Mencucikan badannya
3. Menolak daripada penyakit
4. Menggembirakan orang miskin dan menggembirakan orang mukmin adalah semulia-mulia amal
5. Berkat hartanya dan diluaskan Allah rezekinya

Lima di akhirat:
1. Dinaungkan Allah orang yang bersedekah di hari qiamat ketika sangat panas
2. Ringan hisabnya
3. Berat timbangan (amalan) di akhirat
4. Mudah melalui titian siratulmustaqim
5. Bertambah darjatnya di dalam syurga


PAHALA DAN GANJARAN SEDEKAH



“Sedekah seseorang kamu yang ikhlas itu akan menutup 70 pintu kejahatan. Sedekah seseorang kamu itu akan dibalas oleh Allah s.w.t. dengan 4 jenis pembalasan iaitu :

1. Satu sedekah yang dibalas dengan 10 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada fakir miskin.
2. Satu sedekah yang dibalas dengan 70 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada kaum keluarga dan sanak saudara.
3. Satu sedekah yang dibalas dengan 700 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada sahabat handai dan teman-teman.
4. Satu sedekah yang dibalas dengan 1000 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada para penuntut ilmu atau orang yang berjihad pada jalan Allah

HADIS HADIS RASULULLAH TENTANG KELEBIHAN BERSEDEKAH



[Mafhumnya] Orang yang mengusahakan bantuan (pertolongan) bagi janda dan orang miskin ibarat berjihad dijalan Allah dan ibarat orang solat malam. Ia tidak merasa lelah dan ia juga ibarat orang berpuasa yang tidak pernah berbuka.(Hadis Riwayat: Imam Bukhari)


[Mafhumnya] Barangsiapa ingin doanya terkabul dan dibebaskan dari kesulitannya hendaklah dia mengatasi (menyelesaikan) kesulitan orang lain.(Hadis Riwayat: Imam Ahmad)  

 [Mafhumnya] Bentengilah hartamu dengan zakat, ubati orang-orang sakit (dari kalanganmu) dengan Bersedekah dan persiapkan doa untuk menghadapi datangnya bencana.(Hadis Riwayat: Imam Ath-Thabrani)  

[Mafhumnya] Tiap muslim wajib Bersedekah. Para sahabat bertanya, “Bagaimana kalau dia tidak memiliki sesuatu?” Nabi s.a.w. menjawab, “Bekerja dengan keterampilan tangannya untuk kemanfaatan bagi dirinya lalu Bersedekah.” Mereka bertanya lagi. Bagaimana kalau dia tidak mampu?” Nabi menjawab: “Menolong orang yang memerlukankan yang sedang teraniaya” Mereka bertanya: “Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?” Nabi menjawab: “Menyuruh berbuat ma’ruf.” Mereka bertanya: “Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?” Nabi s.a.w. menjawab, “Mencegah diri dari berbuat kejahatan itulah sedekah.”(Hadis Riwayat: Imam Bukhari dan Imam Muslim)

[Mafhumnya] Orang yang membatalkan pemberian (atau meminta kembali) sedekahnya adalah seperti anjing yang makan kembali muntahannya.(Hadis Riwayat: Imam Bukhari)  

 [Mafhumnya] Barangsiapa diberi Allah harta dan tidak menunaikan zakatnya kelak pada hari kiamat dia akan dibayang-bayangi dengan seekor ular bermata satu di tengah dan punya dua lidah yang melilitnya. Ular itu mencengkam kedua rahangnya seraya berkata, “Aku hartamu, aku pusaka simpananmu.” Kemudian nabi s.a.w. membaca firman Allah surat Ali Imran ayat 180: “Dan janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari karunia-Nya menyangka bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat. Dan kepunyaan Allah lah segala warisan (yang ada) di langit dan di bumi.”(Hadis Riwayat: Imam Bukhari)  

 [Mafhumnya] Abu Dzarr R.a. berkata bahawa beberapa sahabat Rasulullah s.a.w. berkata, “Ya Rasulullah, orang-orang yang banyak hartanya memperoleh lebih banyak pahala. Mereka solat sebagaimana kami solat dan berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka boleh bersedekah dengan kelebihan harta mereka.” Nabi s.a.w. lalu berkata, “Bukankah Allah telah memberimu apa yang dapat kamu sedekahkan? Tiap-tiap ucapan Tasbih adalah sedekah, Takbir sedekah, Tahmid sedekah, Tahlil sedekah, Amar Makruf sedekah, Nahi Mungkar sedekah, Berjimak dengan isteri pun sedekah.” Para sahabat lalu bertanya, “Apakah memuaskan nafsu syahwat mendapat pahala?” Nabi menjawab, “Tidakkah kamu mengerti bahawa kalau dipuaskan nafsu syahwat di tempat yang haram bukankah itu berdosa? Begitu pula kalau syahwat diletakkan di tempat halal, maka dia memperoleh pahala.(Hadis Riwayat: Imam Muslim)  

 [Mafhumnya] Tiap-tiap amalan makruf (kebajikan) adalah sedekah. Sesungguhnya di antara amalan makruf ialah berjumpa kawan dengan wajah ceria (senyum) dan mengurangi isi baldi mu untuk diisikan ke mangkuk kawan mu.(Hadis Riwayat: Imam Ahmad)





No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda yang membina atau tak membina nye pun adoi kat sini yer.. peaceee ! ;)