Wednesday 29 February 2012

Petua Gigi Cantik


Waaa...lawanya dia...cun gila ! 
tapi sekali sengih,terserlah kekuningan giginya tersebut..HAHAHA..
siapa ?? saya laa tu ! hehe..malu pulak...tang gigi tu betul,tapi tang lawa sampai gila cun tu pelawok jah ~ hekss..

Baiklah..tadi saya terbaca dekat blog someone..yang menceritakan
dia nampak sorang amoi cantik ni..jalan punye lah catwalk kalah model...tapi bila senyum,,perghh 
kuning...blogger tu cakap..lawa macam mana pun 
orang tu tapi kalau gigi kuning
tak jadi jugak...
hmm...bila pikir balik..memang tersangat lah betul statement dia tu..

Jadi,saya pun bertungkus lumus  mencari petua untuk memutihkan gigi...then,jumpa petua ni :-

PETUA : Ambil sepotong halia dan sesudu garam kasar,tumbuk sehingga lumat.
Tambahkan sedikit air dan bancuhkan sehingga sebati.
Kumur dengan air bancuhan ini setiap kali selepas menggosok
gigi sebelum masuk tidur.Amalkan setiap hari.Gigi
anda bukan sahaja akan putih dan kuat malah
mulut anda akan berbau wangi.


Yeahhh ! nanti pegi beli halia ngan garam kasar..
then amalkan setiap hari..InsyaAllah,jadi..boleh sengih lebar-lebar lah nanti..haha..



Set Fire to the Rain



Best lagu ni... =)

p/s : jangan set fire to the house sudaaa....hihi...  =D

Sumpah ! Aku sayang dia...

Ya Allah ya tuhan kami...kau jodaohkanlah aku dengannya
ya Allah...satukanlah hati kami...Bukakanlah hatinya 
untuk menerima aku seadanya..bukakanlah jua hati keluarganya untuk menerima aku dan keluargaku untuk menerima dia...
Ya Allah..sesungguhnya aku amat menyayanginya ya Allah...
teguhkanlah iman dia ya Allah..
permudahkan lah segala urusannya ya Allah..
kau jaga lah dia sebaik-baiknya agar kelak dia dapat menjaga ku dengan 
baik ke jalan-Mu ya Allah Ya Rahim...
satukanlah hati kami...
hanya padaMu aku memohon,dan hanya Engkaulah 
yang akan memakbulkan segala doa ku..amin.. 

=)


Monday 27 February 2012

Takde Tajuk...paham ??

Oh ! petang yang mebosankan...
Duduk termenung memandang kosong ke luar sana...walaupun pandangan tertuju 
ke arah pohon-pohon nyiur yang melambai lembut disapa angin, namun pemikiran tertumpu pada kekaseh hati yang jauh di mata..oh no ! ayat..nak gempak je kan..haha

Hakikat nya memang la bosan..gilerr babbass..
Tak tahu nak update ape..entry ni dah sah2 takde pekdah hape pon..saje je...
Takpe lah..sambil jemari ini laju menaip..sambil tu aku pikir nak buat entry pasal 
apa pulak...ermmm...haaaa !! got it...yeayyy ! 
dah dapat idea...okeh...=)


p/s : mcm bod** je entri ni...hahahaha...ahhh...lantak lahh..peduli apa aku...blog aku....
Sekian~ 
peacee yoo !!


Sunday 26 February 2012

Menguap !

Huh ! apa kes lah hari ni aku dengan banyak kali nya menguap...nak kata tak cukup tidur,pukul 9.00 malam dah start mimpi berlari-lari ditepian pantai ngan pujaan hati..
Dalam keadaan boring-boring takde keje nak buat,aku pun membuat keputusan untuk mencari sedikit fakta mengenai menguap ni...

Baiklah,menguap dari segi bahasa ialah refleks penyedutan udara secara serentak, diikuti dengan pengeluaran nafas. Ia lazimnya dikaitkan dengan kepenatan, stress, overwork, kurang rangsangan dan kebosanan.
Ada jugak yang cakap menguap ni disebabkan tak cukup oxygen dalam badan...Wallahualam.. :)

Selalu je aku tengok orang menguap tak tutup mulut..eeeww..jelikk ! haha..sorry..tapi betul, tak elok kalau menguap tak tutup mulut..tu orang panggil takde adab ! =)


ADAB MENGUAP

1)  Menutup mulut ~

Diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Said Al-Khudri r.a, katanya : telah bersabda Rasulullah  S.A.W yng bermaksud : " Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka)."

2)  Jangan mengeluarkan suara ketika menguap ~

Diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Said Al-Khudri r.a , katanya : Telah bersbda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi haaa haaa..kerana demikian itu daripada syaitan yang mentertawakan kamu."

Wallahualam ~

Selamat menguap dengan penuh adat ! peace~


Saturday 25 February 2012

Mutiara Kata

Keimanan menghapuskan keresahan, dan melenyapkan kebimbangan.

Buku adalah kawan yang paling baik.Bercakap-cakaplah dengan buku,bersahabatlah dengan ilmu, dan bertemanlah dengan pengetahuan.

Ketahuilah bahawa kesusahan itu akan membuka pendengaran dan penglihatan, menghidupkan hati, mendewasakan jiwa, mengingatkan hamba dan menambah pahala. 

Jangan jadikan diri anda ibarat sekumpulan tisu-tisu,kerana tugasnya adalah mengesat benda-benda kotor.

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.Sahabat sejati menjadi pendorong impian.Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

Lidah mu adalah bentengmu.Jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu. 

Hidup ini tiada jaminan melainkan satu peluang

Kekuatan tidak datang daripada kemampuan fizikal,tetapi ianya datang daripada semangat yang tidak pernah mengalah. 

Manusia tidak merncang untuk gagal,tetapi mereka gagal untuk merancang.








Friday 24 February 2012

Amalan dan Doa Murah Rezeki

Rezeki yang halal,berkat dan baik sudah pasti akan menjamin kesejahteraan hidup kita semua..jangan lah berputus asa dalam usaha mencari rezeki..rezeki tidak akan datang bergolek sebaliknya harus di cari...apa yang perlu kita lakukan adalah usaha,doa dan seterusnya bertawakal...semoga ALLAH permudahkan rezeki kita..


 Di sini terdapat beberapa amalan2 serta doa yang berkaitan dengan rezeki...

 1) Membaca surah Al-Waqiah setiap malam.



2) Membaca Surah Al-Ikhlas.




- Sabda Rasulullah SAW: Barang siap yang membaca Qulhuwallu ahad ketika masuk ke rumahnya, nescaya dihindarkankefakiran dari ahli rumahnya serta jirannya. (Daripada Jarir Bin Abdullah: Kanzu al 'Ummal, Mu'jam Al-Tabarani, daripada Ibn Mas'ud: Muj'ma al- Zawaid







Sabda Rasulullah SAW: " Wahai sekalian manusia, jadikanlah taqwa itu suatu perniagaan, nescaya rezeki akan datang kepada kamu tanpa modal dan niaga." Kemudian Baginda membaca ayat di atas.(Riwayat daripada Mu'azbin Jabal: Maj'ma al- Zawaid, Kanz al-Ummal)




Saidina Ali mengatakan kepada seseorang yang datang kepadanya: Aku mahu mengajar kamu kalimah yang Rasulullah telah ajarkan kepada ku. Jika kau menanggung segunung hutang tentu Allah akan menunaikannya. Bacalah: (Doa di atas)... (Riwayat daripada Ali: Sunan al-Tirmizi; dinilai Hasan Gharib)





Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke masjid laluterserempak seorang yang dipanggil Abu Umamah.Rasulullah SAW bersabda kepadanya: “Wahai AbuUmamah, aku lihat engkau duduk di masjid bukan padawaktu solat, kenapa?” Jawab Abu Umamah: “Dukacitadan hutang menyelubungiku, wahai Rasulullah!” JawabRasulullah: “Mahukah kamu aku ajarkan suatu bacaanjika kamu membacanya Allah akan menghilangkan rasadukacitamu dan melangsaikan hutangmu.” AbuUmamah menjawab: “Ya, wahai Rasulullah.” Bagindabersabda: “Apabila tiba waktu pada dan petangbacalah: (Doa di atas). KataAbu Umamah: “Aku membaca doa tersebut, lalu Allahmenghilangkan rasa dukacitaku dan melangsaikanhutangku.” (Riwayat Abu Daud daripada Abu Said al-Khudri).


Diriwayatkan daripada ‘Aisyah RA katanya: “Abu Bakardatang kepadaku lalu berkata: Adakah engkau telahmendengar daripada Rasulullah SAW sebuah doaBaginda ajarkan kepada. Aku bertanya: Apakah doaitu? Jawab beliau: Pada waktu dahulu, Isa Ibn Maryammengajar sahabat-sahabat baginda: Seandainya sesiapadi kalangan kamu yang berhutang sejumlah emas satubukit lalu ia berdoa dengan doa ini nescaya Allahtunaikan untuknya.” Kata Abu Bakar: “Aku telahberdoa dengan doa tersebut lalu Allah memberikan akusuatu ganjaran sehingga aku dapat melangsaikanhutang aku.” Kata ‘Aisyah: Aku pernah menanggunghutang lalu aku mengamalkan tersebut, tidak lamakemudian Allah memberi rezeki kepadaku sehingga akudapat bersedekah dan mewariskan harta.” (Riwayat al-Bazzar, al-Hakim dan al-Asbahani)


Sabda Nabi SAW: “Doa saudaraku Yunus amatmenakjubkan; permulaannya tahlil, pertengahannyatasbih dan penghujungnya pengakuan melakukan dosa.Sesiapa yang berdukacita, berada dalam kekusutan,ditimpa kesusahan dan dibebani hutang pada suatuhari, lalu ia membacanya sebanyak tiga kali, nescayadimakbulkan untuknya.

Demikianlah doa-doa yang boleh sama-sama kita amalkan..InsyaAllah..berkat usaha kita,doa yang ikhlas dan bersunggug-sumgguh,semoga Allah S.W.T melimpahkan nikmat kurnia rezeki yang berkat..Amin.. 




Tuesday 21 February 2012

Selamat pagi semua...haish..rasa mcm jeles je tengok orang punya blog lawa lawa..canggih-canggih..aku punya,apa pun tak boleh..hudoss ! tapi tak apa,dengan khidmat baik bloggers yang membuat bermacam-macam tutorials untuk kemudahan orang2 baru macam aku ni...aku akan cuba sedaya upaya untuk mencantikkan blog aku..just for fun~ for myself..untuk tatapan anak-anak kelak ! cewahhh..hihi.. Antara blog yang aku boleh dapat banyak ilmu tentang blog2 ni ialah :-

1) Lyssa Faizureen
2)
Mereka banyak membantu saya dalam ilmu blogging...hihi..suke..terima kaseh sgt..HALAL kan ilmu yg diberi ya cik-cik manis... =)

Sunday 19 February 2012

tentang rasa !



Aku tersesat
Menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Ijinkan ku lepas penat ku
'tuk sejenap lelap di bahumu

Dapatkah selamanya kita bersama
                                                                                                
Menyatukan perasaan kau dan aku      
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Tentang cinta yang datang perlahan
Membuatku takut kehilangan
Ku titipkan cahaya terang
tak padam didera goda dan masa


Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya



Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya







Wednesday 1 February 2012

Ganda Semangat....

yeah ! ganda semangat !! kemong-kemong ~
hihihihi...apa la yang kau nak ganda semangat sangat pepagi buta ni merah  oi ??
ehem2..sebenarnya,ia adalah salah satu nama bagi institut memandu yang ada di negara kita ni..
INSTITUT MEMANDU GANDA SEMANGAT ASIA SDN BHD..wah ! tengok nama pun dah buat aku berlipat kali ganda nya nak masuk kelas memandu kat situ...

apa laaa kau ni merah....orang lain dah keliling dunia dengan lesen kereta diorang..kau pulak baru jee nak terhegeh-hegeh nak gi buat..tapi takpe laa kan..baik dari takde lansung..dah rezeki kau saat dan ketika ini... =)
insyaallah...semua akan berjalan dengan lancar...



tak sabar untuk dapat kan sticker 'p' tersebut dan tampal pada kereta sekaligus dapat memandu laju ke arah yang ingin ditujui..yeahhhh !!! 

p/s : patuhi undang-undang jalan raya..ingat orang tersayang.. hehe